Assalamualaikum
Hati ni sedih sangat.. Apa yang dihajat dan dirancang selama ni tak tercapai... Baru-baru ni aku ada mintak kebenaran dari ketua unit untuk sambung belajar ke peringkat degree. Belum hantar surat permohonan pun lagi tapi tak direstui oleh ketua unit. Alasannye dah ada staff lain yang masih ambil degree secara pjj (pendidikan jarak jauh).
Baru mintak dengan ketua unit pun tak disetujui, belum lagi mintak kebenaran ketua jabatan dan pengarah hospital, belum lagi mohon universiti. Diperingkat awal pun dah ada halangan. Tujuan aku sambung belajar untuk capai cita-cita aku. Kesian mama aku mesti sedih aku tak dapat sambung belajar. Disebabkan keputusan spm biasa je, aku bermula dari bawah. Ambil diploma teknologi makmal perubatan pun kerajaan yang tanggung. Time amik diploma belajar sungguh-sungguh, kononnya nak sambung degree tapi....... huhuhu....
Menyesal dulu tak belajar betul-betul. Kalau masuk matrikulasi boleh sambung degree terus. Sekarang baru nak menyesal.Umur dah 28 tahun. Makin lama makin tua. Otak pun makin lama makin berkarat. Aku pun tak tahu apa patut aku buat.. Rasa macam nak kuatkan semangat mengadap ketua jabatan dan buat rayuan. Jangan aku menangis depan die sudah la. Apa aku buat sekarang ni, nak sangat-sangat sambung belajar... Kan untung kalau ketua jabatan baca rintihan aku ni.
Ya Allah ya tuhanku... kau permudahkanla urusan dunia akhirat ku ini... amin
Apa aku patut buat ni???? tolongggg
Friday, 10 May 2013
Friday, 3 May 2013
Resipi mudah : Meat ball Spaghetti
Assalamualaikum
Jom masak spageti lagi... Dah jadi hantu spageti plak anak-anak aku ni... Aku pun sama.. hahaha...
kali ni memang senang nak buat...
BAHAN-BAHAN
Jom masak spageti lagi... Dah jadi hantu spageti plak anak-anak aku ni... Aku pun sama.. hahaha...
kali ni memang senang nak buat...
BAHAN-BAHAN
Daging cincang - 1 pek
Tomato- 7biji (saiz besar)
Bawang merah - 5 biji
Bawang putih - 5 Ulas
Bawang holland - 1 biji
Sos tomato - 7 sudu
Mixed herbs - 1 sudu
lada hitam - 1 sudu teh
garam
gula
spageti jangan plak dilupakan.. hehe...
OK jom MASAKKKK
jom buat meatballs dulu...
Ambil separuh daging cincang dari pek tadi, masukkan dalam mangkuk, masukkan garam secubit, sedikit serbuk lada hitam. Kalau uolls rajin cincang halus carrot,parsley. Gaul bersama dengan daging cincang tadi.. Bentukkan menjadi bulat dan goreng.
jom buat sos...
Uolls blend kesemua bawang dan tomato sehingga halus.
Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun/minyak masak biasa. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi.
Masukkan sos tomato, mixed herbs, serbuk lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
Masukkan daging cincang, biarkan hingga mendidih...
Masukkan meatballs yang dah di goreng tadi dan tutup api...
Sedia untuk dihidang...
Selamat mencuba.
thank you for reading this mencarut entry!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)