Monday 21 April 2014

Percutian bajet ke Cameron Highland

Assalamualaikum

Baru-baru ni berkesempatan untuk cuti-cuti bersama my small family.
Aku, suami, anak-anak kecilku dan adikku



Ok la di cameron highland je.Entah kali ke berapa kami ke sini, tak pernah jemu.hihhihi. 
Sebenarnya ni last minute programme. Nak ke tempat lain pastu tukar program ke Cameron highland. Musim cuti sekolah plak tu, memang semua bilik hotel full. Nasib baik ada hotel bajet yang sangat selesa.
Kami menginap di sebuah hotel bajet di Tanah Rata. Kebiasaannya kami lebih suka menginap di Brincang, nak buat macam mana hotel full house daaaaa!


Vacation singkat cuma 2 hari 1 malam je. Kami pergi hari sabtu.
Kami lalu Tapah... Sepanjang perjalanan ke Cameron Highland ninja girls tidur. Seb baik la... Aman duniaku sekejap.

Bila sampai je area Tapah dorang dah bangun...
Huwaaaa... bakal huru hara la. Boleh muntah aku, mana taknye nak layan jalan bengkang bengkok tu lagi.
Sepanjang perjalanan singgah sekejap ladang teh. Hujan gerimis. So tak boleh nak menghayati keindahan ladang teh lama-lama.



Ladang teh... view dari tepi jalan. gayat nya bila pandang ke bawah.


Kami sampai di Tanah Rata waktu petang lebih kurang pukul 5petang.
Chek in hotel, mandi manda, solat dan rest sebentar.
Lepas magrib kami ke Pasar malam di Brincang.


Mak aiiiiii
Ramai nya manusia... jalan pun jem.
Memang banyak la memborong barang dan gift kat pasar.

Rata-rata penuh plastik bag kiri dan kanan pelawat. Sakan shopping warga Malaysia la. Termasuk kami. Hahahahaha....

Mat dan mek saleh jalan2 sambil makan je.

Buah strawberi wajib beli. Makin hampir waktu tamat perniagaan pasar malam, makin banyak promosi buah strawberi. Itu yang seronok.
Hidangan wajib beli di pasar malam di brincang cendawan dan bayam celup tepung, jagung mutiara rebus yang sangat manis, strawberi coklat. Teh, sayur, cerdermata untuk dibawa balik pun sesuai beli di sini. Memang sangat berbaloi...

kiri kanan tangan penuh beg plastik, maka tak sempat la nak snap pic... huhiiii...

Selepas tak mampu tangan untuk bawa plastik bag, tiba masa nya untuk kami pulang ke tempat penginapan. Rehatkan badan tapi sebelum tu kami singgah makan. Brincang ada banyak kedai makan yang menghidangkan makanan seafood. Selesai je makan kami balik ke tempat penginapan. Rest untuk jenjalan esok plak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi Ahad yang sejuk dan damai.
Selepas bersiap kami keluar sarapan di Tanah rata je. Pekena nasi lemak, teh tarik dan air coklat strawberi yang panas. Syok layan dengan cuaca yang sejuk tu.

" Ciksu jom kita sarapan..."


Selesai bersarapan, kami ke Mardi Agroteknologi di Tanah Rata ni je. Kalau tak silap setiap isnin ditutup ye... Bayaran entry banyak kategori. Dewasa cuma rm3 atau rm5 je.. lupa dah.hihihi tapi murah la kan.
Berbaloi tau, macam-macam ada kat sini.
Taman Inggeris
Taman Herba
Taman Rose
Taman bunga
Taman orkid
Ladang teh
Kebun Strawberi
Kebun epal dan pir
Kebun Anggur
Kebun sayuran dapur
Banyak lagi la boleh menjelajah sekitar Mardi ni.


Lavender di Taman inggeris yang sangat wangi

Susah nak snap pic si Amni ni... tak reti dok diam. Ni je yang berjaya.

Taman Inggeris

Aikkk dari mana datangnye bear tu... hahhahaaa

Berangan la plak kan... ni sebenarnye tempat amik wuduk, surau dalam kawasan Mardi ni. Geram tengok pokok duit-duit kat dinding tu. Kalau duit betul, dah lama aku kutip... $$$$ mata duitan ehhh!

En.suami yang berbunga-bunga...

Small english cottage dari pandangan tepi... abang tepi sikit!!!

Macam ni rupa pokok Asparagus... ni yang besar, yg kita makan tu yg kecik2 tak berdaun.
Pokok yang kiri kanan, tengah tu syifa ye... kikikiki


Pukul 11 kami balik ke hotel, bersiap dan kemas barang untuk check out. Selesai check out kami ke Brincang dan Kea Farm
Kat sini singgah kedai bunga dan singgah beli sayuran fresh. Tak sah kalau ke Kea Farm kalau tak beli sayur.Hihi. Walaupun cuaca sejuk kami tetap beli homemade strawberi ais krim.Sedap wehhh... Sepanjang jalan mulut tak bhenti mngunyah. Makan je kejenya, cendawan goreng la, jagung rebus la.
Kalau kaki makan gini la... Tengok badan kitewww la ye!!!

Lavender Garden pun menjadi destinasi utama kami.

Syifa dah tukar baju n seluar... dah kaler blok jadinye....

Ninja girls dah tido kepenatan... Ni kat bahagian atas Lavender garden.

Alahaiiii buah hati ku...

Bunga di dinding kat luar parking kereta.

Petang selepas Asar kami bertolak balik rumah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Banyak sangat pic yang tak mampu saya nk share. Jom melancong dalam Malaysia dulu sebelum ke luar negara. Perjalanan yang singkat dan sangat bajet sebab kami cuma habiskan rm400 termasuk minyak kereta, tol, penginapan di hotel bajet, makan yang tak henti-henti dan shopping.
Nak berjalan makan angin tak semestinya bajet kena tinggi, betul tak???
Bijak uruskan kewangan anda.


~~Thank you for reading this entry~~

No comments:

Sign up ZUIF membership