Wednesday 1 October 2014

7 Tips kurangkan berat badan (berat air)

Assalamualaikum

Baru berkesempatan nak share ilmu yang saya dapat ni.
14hb september 2014 saya ada mengikuti satu seminar 'Jom kurus' bersama ikon fitness yang tersohor di Malaysia. Cer teka agak-agak siapa ye?

Teruja sangat tau, sampai auditorium je rasa nk terus selfie dengan si kevin zahri. hihihi...ヽ(^。^)ノ
Banyak ilmu baru tentang cara nak kuruskan dan fit kan badan. Seminar ni memang sangat-sangat berbaloi.
Entry saya kali ni saya share tentang tips kurangkan berat air.

7 Tips kurangkan berat air dalam badan kita.

♥ Minum lebih banyak air kosong.
Jumlah air kosong atau air masak yang kita perlu ambil setiap hari bergantung kepada setiap individu dan aktiviti setiap individu.
Kalau aktiviti outdoor kita perlu lebih banyak air berbanding aktiviti indoor.
Ye la outdoor lebih memenatkan.
Minimum air sehari adalah 8 gelas.
Pastikan urin kita berwarna jernih.
Jadi sesiapa yang malas dan susah sangat nak minum air kosong kena la ubah mulai sekarang ye. Nak kurus kan?

♥ Berpeluh
Pastikan badan berpeluh. Maksudnya kita buat apa-apa aktiviti harian yang boleh keluarkan peluh. Contohnya bersenam, bersukan,buat kerja rumah, bermain dengan anak-anak, sauna dan banyak lagi. Kaum adam jangan ngelat tak nak tolong isteri nanti badan pun fit.

♥ Banyakkan pengambilan fibre atau serat
Fibre atau serat perlu dilebihkan dalam diet seharian kita. Serat ni lebih mengeyangkan. Senang citer kenyang lebih lama la.
Antara makanan yang tinggi dengan serat dan rendah kalori adalah sayur sayuran. Makanan lain yang tinggi serat mcm buah, oats dan grains. Banyak makanan yang tinggi dengan serat. Jadi kita boleh pelbagaikan makanan kita setiap hari, tak de la bosan sangat bila berdiet kan. Korang jugak boleh tukar nasi putih dengan nasi beras perang. Mula-mula nak makan memang rasa pelik sangat nasi beras perang tapi bila dah makan rasa dah taknak beras lain.
Korang patut cuba tau.

♥ Banyakkan senaman.
Banyakan senaman ni menguatkan otot pada badan kita, dalam masa yang sama ia akan membakar kalori pada badan kita. Jadi berkurangla gemuk air dan gemuk lemak kita.
senaman minimum adalah tiga kali seminggu. Setiap sesi buat setengah jam hingga satu jam pun ok, daripada tak buat langsung kan.

♥ Kurangkan garam
Kurangkan pengambilan garam dalam masakan kita. Elakkan makanan yang masin seperti kicap , mi segera, kacang bergaram.

♥ Tingkatkan pengambilan Pottasium
Ambil makanan yang tinggi dengan pottasium seperti pisang, brokoli, kurma, kismis dan banyak lagi.

♥ Caffein
Caffein membantu mengurangkan berat air.
Jadi jangan takut untuk minum kopi. Kalau boleh kopi tanpa gula, kopi tanpa gula 0(zero) kalori tau.

Ok, ni je tips yang dapat saya share, next time saya share tips yang lain ye.
Buat jangan tak buat

SELAMAT JADI KURUS!

Thank you for reading this entryヽ(^。^)ノ

No comments:

Sign up ZUIF membership