Saturday, 18 January 2014

7 tips nak jadi kaya

Pengurusan Kewangan Yg Bijak - Amalkan S E B E L A S.



S – Simpan utk diri (& keluarga) anda dahulu!
Jika dahulu, anda kerap memperuntukkan gaji bulanan utk membayar bil, hutang, membeli barang & sebagainya terlebih dahulu, pd tahun 2014, berikan keutamaan kpd menyimpan wang utk diri sendiri dahulu (Pay Youself First). Tidak kira dlm jumlah yg kecil @ besar, pastikan anda menyimpan & melaburkan duit utk diri (& keluarga) secara konsisten. Anda boleh bermula dgn RM50 sebulan (lebih banyak lebih bagus), kemudian tambahkan jumlah simpanan anda pd tahun-tahun berikutnya


E – Elak pembaziran (Economise)
Bezakan antara barang-barang keperluan & kehendak. Sebagai contoh, anda tak perlu membeli barangan bayi yg berjenama mahal jika jenama yg sederhana @ murah mampu memenuhi keperluan si comel. Tambahan pula, kebanyakan pasar raya besar skrg menyediakan “house brand” yg berkualiti tinggi pd harga yg amat berpatutan


B – Bajet
Buat bajet, tulis & patuhinya! Sesetengah ibu bapa gemar membuat bajet secara kasar @ “dlm kepala” shj, terutamanya semasa hendak membeli barang. Ini cara yg tidak berapa tepat. Sebaik-baiknya, tulis apa yg ingin dibelanjakan & lebih penting lagi, patuhi bajet yg telah dibuat tersebut. Anda perlu berdisiplin dlm berbelanja & membuat bajet adalah langkah yg sangat penting. Jika tidak membuat bajet, besar kemungkinan anda akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan sendiri & keluarga


E – Elak emosi semasa membuat keputusan berkaitan kewangan
Perkara ini tidak dapat dinafikan terutamanya apabila anda mempunyai wang lebihan (contohnya mendapat bonus). Macam-macam perkara yg akan terlintas difikiran anda- kereta baru, perabot baru, bercuti & sebagainya. Sekiranya anda mendapat wang lebih, pastikan anda menyimpan sebahagian drpdnya & selebihnya digunakan utk melangsaikan hutang sedia ada. Inilah masa terbaik utk anda melangsaikan segala hutang kad kredit anda sekaligus. Jangan berlengah lagi & bayar segala hutang-piutang yg ada. Percaya @ tidak, hidup anda akan menjadi tenang jika anda sudah melangsaikan hutang


L – Libatkan si kecil
Sering kali, ibu bapa tersalah anggap bahawa anak kecil tidak mampu memahami konsep kewangan. Tanggapan ini tidak tepat kerana sedar @ tidak, biasanya si kecil memang tahu meniru cara & kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu, libatkanlah anak-anak dlm hal-hal kewangan anda. Salah satu cara mudah yg boleh dilakukan ialah dgn membawa anak-anak ketika menjalankan transaksi kewangan. Contohnya, bawa anak-anak bersama apabila anda pergi ke bank. Dgn cara ini, anda dapat membentuk tabiat menabung & menyimpan dr usia muda lagi


A – Awasi skim pelaburan tidak sah
Mungkin anda sudah tahu yg melabur adalah cara terbaik utk mengembangkan wang sedia ada. Melaburlah dgn pihak-pihak yg berlesen & berwaspada dgn pelbagai skim cepat kaya @ skim pelaburan tidak sah yg terdapat di pasaran. Sekiranya sesuatu syarikat menawarkan untung berlipat kali ganda & mendakwa tiada risiko yg terlibat jika anda melabur dgn mereka, mungkin itu adalah syarikat yg tidak sah. Pastikan anda memeriksa sama ada sesuatu syarikat itu berlesen @pun tidak dgn menghubungi pihak berkuasa yg berkenaan. Ingat, dapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum menyerahkan wang titik peluh anda kpd mana-mana pihak


S - Sediakan dana kecemasan
Dana kecemasan merujuk kpd sejumlah wang yg anda peruntukkan utk digunakan sekiranya berlaku apa-apa musibah/kemalangan yg tak diingini. Biasanya, anda dinasihatkan utk mempunyai dana kecemasan sebanyak 3-6 bulan perbelanjaan bulanan anda. Dengan wujudnya dana kecemasan, anda akan berupaya mengharungi segala masalah berkaitan kewangan dgn tenang & terkawal. Dana kecemasan yg mencukupi juga akan memastikan cara hidup kita tak terganggu sewaktu menghadapi masalah kewangan


♥Kesimpulan
Kejayaan dlm pengurusan kewangan 2014 bergantung kpd usaha anda! Jika perlukan sedikit inspirasi, lihatlah pasangan yg tersayang & jika masih belum mendapat ilham, lihatlah muka si comel anda. Lakukanlah yg terbaik utk diri, pasangan & keluarga demi mencapai kejayaan dlm pengurusan kewangan anda!

No comments:

Sign up ZUIF membership