Susu ibu adalah semulajadi dan istimewa dicipta untuk bayi kita. Ia mempunyai banyak kebaikan kesihatan kepada bayi dan juga ibu yang menyusukan. Mari kita lihat kebaikan yang diperolehi oleh ibu dan juga bayi melalui penyusuan susu ibu.
Kebaikan untuk Ibu
♡Penyusuan susu ibu membantu penyembuhan fisiologi tubuh ibu selepas melahirkan dan semasa berpantang.
♡Penyusuan susu ibu membantu ibu dalam menstabilkan kembali berat badan selepas hamil dan melahirkan anak.
♡Penyusuan susu ibu menurunkan risiko ibu untuk mendapat sesetengah kanser seperti kanser payudara dan kanser ovari.
♡Penyusuan susu ibu memberikan masa berhubung /"bondingtara ibu dan bayi semasa penyusuan.
♡Susu ibu adalah percuma dan tidak perlu dibancuh!
Kebaikan untuk Bayi
♡Susu ibu membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh bayi untuk sekurang-kurangnya 6 bulan pertama kehidupannya. Untuk 6 bulan berikutnya, susu ibu terus menjadi sumber nutrien yang hebat apabila digandingkan dengan makanan-makanan lain yang sesuai untuk bayi.
♡Susu ibu adalah dinamik dan hidup. Ia berterusan berubah dari segi komposisi nutriennya untuk memenuhi keperluan bayi selari dengan umur bayi yang berubah sepanjang penyusuan.
♡Penyusuan susu ibu membekalkan perlindungan kepada penyakit yang akan datang kemudian dalam hidup bayi. Susu ibu membantu memperkuatkan sistem imunisasi untuk melawan penyakit dan jangkitan. Bayi juga akan lebih dilindungi daripada dijangkiti alergi.
♡Penyusuan ibu mengurangkan kebarangkalian untuk dijangkiti penyakit dan risiko kesihatan termasuk obesiti, diabetis, penyakit jantung dan sesetengah kanser ketika kanak-kanak.
♡Susu ibu adalah tersedia bila-bila bayi perlukan.
♡Susu ibu adalah bersih dan sihat.
♡Bayi dapat menghadamkan susu ibu dengan mudah dan selesa untuk perut bayi.
♡Susu ibu mengandungi pelbagai nutrien semulajadi yang dapat membantu perkembangn dan tumbesaran bayi.
Oleh itu saya amat menyokong penyusuan susu ibu kepada bayi anda.
Sekiranya anda seorang ibu yang bekerjaya ianya tidak menjadi penghalang untuk anda menyusukan anak secara berterusan.
Anda ingin stok perahan susu yang mengcukupi untuk anak anda?
Jalankan sesi perahan secara kerap semasa bekerja. Dapatkan juga set milk booster dari shaklee untuk membantu meningkatkan penghasilan susu.
No comments:
Post a Comment