Showing posts with label love your children. Show all posts
Showing posts with label love your children. Show all posts

Saturday, 15 February 2014

BAYI MENYUSU CUKUP ATAU TIDAK?

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan.
Ini termasuklah:
♡Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
♡Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
♡Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
♡Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
♡Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:
♢Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
♢Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
♢Bayi anda meragam atau sering letih.
♢Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
♢Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
♢Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
♢Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
♢Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
♢Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:
bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.

Credit: Babycentre

Wednesday, 15 January 2014

Tingkatkan susu badan

✓ INGIN MENYUSUKAN ANAK SECARA EKSKLUSIF?
✓ BIMBANG STOK SUSU EBM SEDIKIT?
✓ INGIN TAMBAH SUSU BADAN?
✓ MENCARI SUPPLEMET UNTUK MILK BOOSTER?

Milk booster shaklee membantu anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Di samping teknik dan kekerapan perahan yang betul, suplement milk booster shaklee dapat membantu anda.

KHASIAT ALFALFA
Alfafa juga membantu mereka yang mengalami bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk dan nafas berbau.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –>
membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
Alfalfa shaklee adalah yang terbaik.

KHASIAT ESP

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Tetapi harus ingat. Suplement hanya membantu. kekerapan menyusukan ank atau kekerapan kosongkan payudara akan meningkatkan penghasilan susu.
More demand more supply.

Friday, 3 January 2014

7 tips Banyakkan Susu Badan

7 Tips Banyakkan Susu Badan 

=========================
1. Pam Atau Susu Bayi Setiap 1-3 Jam
=========================
Susu badan dihasilkan mengikup konsep 'Supply & Demand'. Lagi kerap anda kosongkan payudara anda, lagi banyak susu dihasilkan.

=========================
2. Jangan Tunggu Hingga Dah Penuh
=========================
Payudara perlu dikosongkan sebelum ianya penuh. Cuba konsisten pam setiap 2 jam walaupun rasa payudara masih berisi.

=================
3. Minum Banyaaak Air
=================
Logik mudah; susu adalah cecair. Kalau badan tak cukup air, macam mana susu nak banyak?

===================
4. Penyusuan Waktu Malam
===================
Waktu malam biasanya kita dah tenang. Ini membolehkan badan menghasilkan susu dengan lancar. Cuba kerapkan penyusuan di malam hari.

===============
5. Tandem Pumping
===============
Sambil menyusukan anak di satu belah, cuba pam lagi sebelah payudara. Kaedah ini akan membantu anda mendapat susu yang melimpah ruah.

===============
6. Banyak Berdoa
===============
Nampak mudah, tapi kadang-kadang kita terlupa nak mohon pada yang Pemberi Rezeki. Kalau kita usaha hebat mana sekalipun, tapi Allah tak izinkan. Macam mana?

=================
7. Amalkan Suplemen
=================
Pengambilan suplemen seperti Set Penyusuan Shaklee telah terbukti boleh membantu ibu-ibu untuk membanyakkan susu badan. Bukan setakat susu banyak, tapi ibu-ibu juga akan lebih bertenaga.

Thursday, 30 May 2013

Layan upin ipin

Assalamualaikum


Syok jugak layan upin ipin ni tapi bila hari-hari dok tengok, naik bosan plak. Mana taknye pagi petang siang malam upin ipin je yang anak-anak aku ni ngadap.

Senang je kalau nak bagi anak-anak duduk diam depan tv sementara aku buat apa-apa la kan. Macam dah kena pukau dengan upin ipin pun ada anak-anak aku nih... Meh aku kongsi salah satu citer peberet ninja-ninja aku nih.




Thursday, 23 May 2013

Lasaknya Syifa & amni

Assalamualaikum

syoknye syifa dudu=tidur (dudu tu maksudnya tidur, tu bahasa syifa)


Pagi-pagi balik dari on-call singgah beli roti... sarapan makan roti je la.. hehehe... Sampai je rumai terkejut aku bila tengok anak tido di lantai, abah plak kat atas toto.. aishhhh tak tido dalam bilik ke malam tadi... Syifa tido kat lantai ni mesti kes tido lasak.




bawah meja, bawah walker semua bawah die nak masuk.. aishhhh budak ni.





 panjat meja plak.. aduyaiiii anak ku


Sementara syifa tido ,amni plak tengok kartun & main nyorok kat bawah walker... aku siapkan makan pagi. roti sapu coklat dan air horlick je... untung jugak rumah kecik ni, sambil sediakan juadah pagi sambil menjeguk anak yang sedang main. Kalau dapur dan ruang tamu terpisah jauh terpaksa la aku angkut amni letak kat dapur, aku tak gemor sangat nak bagi anak kecil masuk kat dapur sebab rasa macam bahaya je....



Makan dulu la, biar je la abah & syifa tidur dulu, kesian abahnya malam tadi jaga syifa & amni yang tak mau tido. Malam ni oncall lagi... sangat membosankan... Kan best kalau jadi suri rumah je. Tengahari ni nak masak apa ye?  Any idea???


Thank you for reading this mencarut entry...

Tuesday, 26 March 2013

supermommy


Assalamualaikum...
 
 
Anak aku yang pertama si Zuhayrasyifa ni memang jenis tak memilih makan. Hentam je semua benda makan tapi badan tetap kecik dan kurus. Macam tak cukup makan pula bila nengok badan syifa. Berbeza pula dengan anak kedua aku si Amni Humaira. Bab makan memang memilih, tak padan dengan kecik. Nasib baik la aku dijodohkan dengan baby sitter yang bagus dan baik. (bukan jodoh nikah ye!). Bila aku bekerja, makan pakai anak semua baby sitter yang uruskan. Kadang2 die lebih tahu kegemaran anak aku. Hehe
 
 
Untung kalau dapat jadi suri rumah, semua benda buat sendiri. Rumah tangga semua sendiri yang uruskan. Anak sendiri yang besarkan. Nak buat macam mana, kalau tak kerja tak boleh nak bantu suami cari duit. Huhu.. Time cuti je la ada masa bersama keluarga. Kadang2 aku rasa masa bersama kawan-kawan kat tempat kerja lebih banyak berbanding di rumah.
 
 
Jadual harian memang full dengan aktiviti. Cuma dapat luangkan masa setengah jam je bersama bestfrend aku... hehehe... bestfrend aku ni memang banyak jasa, biarpun dah lama. Bila tiada idea nak masak, aku tanye die nak masak apa. Nak dapatkan tip or apa-apa informasi memang aku ngadap kawan baik aku ni... hahaha. hagak-hagak korang sape la kawan baik aku tu..
 
 
sape lagi incik +Google Malaysia la.
 
 
Bangun pagi siapkan diri, macam biasa tak pernah siapkan diri dengan tenang, konpem aku berlari lari anak .(tapi badan totap gomok). hurggg.. sarapan dirumah, kadang-kadang je aku sediakan. Pukul 7 pagi angkat dua2 powerpuff girl aku tu masuk dalam kereta. Ikat elok2 kat baby seat tu. kang kalau tak ikat betul-betul, tergolek plak anak aku tu. Semua beg baju n susu campak je dalam  kereta. Then, hantar rumah babysitter...
 
tapi mana incik.suami... Ada tapi awal-awal dah pergi kerja, dia yang bantu saya siapkan beg baju dan susu anak-anak.
 
Selesai hantar anak-anak , mula la aku pecut kereta ke tempat kerja. Jem kemain la jalan ni. Paling seronok bila musim cuti sekolah, jalan lengang je. Agaknye semua bercuti bawak anak2 makan angin kot. Masuk kerja pukul 8pagi sampai pukul 5...
 
Balik rumah selepas pukul 5, baru la masa sepenuhnya bersama keluarga... Setiap hari macam tu la rutin yang aku buat. Mungkin sama dengan ibu-ibu lain, mungkin ada ibu yang lebih sibuk dari aku. Yang penting pandai bahagikan masa bersama keluarga.



thank you baca celoteh mengarut aku nih!!!

Friday, 11 January 2013

5 tip mudah menjaga mata si manja

Assalamualaikum...

Anak adalah anugerah, kene la jaga elok-elok. Kalau boleh jaga anak dalam semua segi. Pemakanan, kesihatan, rohani  dan banyak lagi. Minggu lepas saya keluar membeli belah bersama keluarga, geram pula tengok ibu bapa biarkan anaknya bermain tanpa selipar atau kasut. Kaki ayam je, wahai ibu bapa jaga la kesihatan anak. Bila anak sakit, kita juga yang susah nanti. Betul tak uolls...

Bila sebut pasal kesihatan ni kebetulan saya ada terbelek majalah +Pa&Ma  , jom saya kongsikan tip mudah menjaga mata si manja anda...



TIP MENJAGA MATA SI MANJA

1) Pastikan cahaya lampu tidak terlalu terang sehingga boleh menggangu penglihatannya.

2) Sediakan makanan yang berkhasiat untuk penjagaan mata. Contohya seperti jus lobak segar, lobak kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.

3) Lakukan permainan bola dan gerakan yang meransang matanya.

4) Jangan biarkan anak menggosok mata terlalu lama.

5) Segera lakukan rawatan sekiranya mata si manja anda ada tanda-tanda yang mencurigakan.



senangkan uolls... lebih baik kita mencegah dari mengubati...

thank you for reading this entry...

Wednesday, 14 November 2012

Dora The Explorer

Assalamualaikum...

Cuti mesti dipenuhkan dengan aktiviti bersama keluarga... en.suami pula terpaksa bekerja hari ni...huhuhu... sambil siapkan tempahan gelang kristal layan cartoon kegemaran anak.

Apa lagi 'Dora' la jawabnya... huhhhhh.. habis tengok kat tv, tengok kat you tube pulak tapi banyak kebaikan yang anak-anak dapat bila tonton rancangan ni.

Antaranya boleh tingkatkan lagi penguasaan bahasa inggeris anak-anak dan penguasaan menggunakan perkataan yang baru. Ada versi bahasa melayu dan bahasa inggeris. Memang best la cartoon ni, aku pun layan sama Dora the Explorer...




thank you very much.....

Sign up ZUIF membership