Showing posts with label stok EBM banyak. Show all posts
Showing posts with label stok EBM banyak. Show all posts

Monday, 12 January 2015

Susu ibu banyak dengan Power Pumping

>>POWER PUMPING, TEKNIK TINGKATKAN HASIL SUSU IBU<<

★Apa itu Power Pumping?★
Power Pumping merupakan satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam cara power pumping ni adalah sama seperti rutin kita mengepam selalu. Bezanya, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Teknik ni adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

♥Siapa Perlu Buat Power Pumping?♥
1- Ibu yang kekurangan susu Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor spt Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.

2- Ibu yang menyusukan anak angkat. Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.

3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

■Macam Mana Nak Buat Power Pumping?■
[1]Jika anda menggunakan Single Pump: >>Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

[2] Jika anda menggunakan Double Pump. >>Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

♥Saranan Waktu Mengepam?♥
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana, pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

★Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?★ Pertama sekali, kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping ni terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Kesan teknik ini adalah tertakluk pada individu itu sendiri. Ada yg dapat hasil yg cepat dan ada yg dapat hasil dalam masa berbulan..

Semakin kerap DEMAND dan semakin banyak SUPPLY akan terhasil.

Sebagai seorang islam, wajiblah kita berdoa dgn mengamalkan doa2 untuk bantu menambahkan susu dan yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Semoga tips ini berguna buat ibu2 yang tekad dan berusaha untuk mendapatkan susu yg berkhasiat ini buat bayi anda.

Saturday, 15 February 2014

BAYI MENYUSU CUKUP ATAU TIDAK?

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan.
Ini termasuklah:
♡Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
♡Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
♡Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
♡Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
♡Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:
♢Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
♢Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
♢Bayi anda meragam atau sering letih.
♢Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
♢Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
♢Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
♢Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
♢Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
♢Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:
bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.

Credit: Babycentre

Thursday, 6 February 2014

Perbezaan susu ibu dan susu formula

Perbezaan susu ibu dengan susu formula @ susu lembu ?

1- ANTIBODI
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi.
Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu terutama antara hari awal kelahiran. Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari.

2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan kasein yang tinggi. Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembung perut.

3. KANDUNGAN GULA
Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan bayi terdedah dengan risiko tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah).

Kenapa susu ibu ada bila mengandung saja?
Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu.

Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin.

Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat .

Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.

Sign up ZUIF membership