Showing posts with label rahsia kurus. Show all posts
Showing posts with label rahsia kurus. Show all posts

Thursday, 23 January 2014

Cara sihat turunkan berat badan

Cara Sihat Turunkan Berat Badan

1.  Mulakan sekarang juga! 
Menurunkan berat badan tidak cukup hanya bermodalkan niat. Anda perlu tekad dan bersemangat waja.

2. Pasang target yang masuk akal
Tetapkan target di awal program. Turun berat badan 0.5 kg per minggu adalah ideal. Penurunan berat yg drastik sangat bahaya pada kesihatan. Sebagai motivasi, gantunglah pakaian atau seluar jeans kesukaan anda yang sudah lama tidak dipakai, di tempat yang mudah dilihat.  

3. Tak perlu terlalu ketat
Anda tetap memerlukan 1200-1500 kalori sehari agar tubuh tetap kekal cergas. Mengambil kalori  600 - 800 kalori sehari akan melambat proses metabolisme tubuh. Jika metabolisme rendah, lemak mudah terkumpul, dan tubuh pun makin besar. Bukannya langsing, malah penyakit yang datang. 

4. Ambil makan pagi   
Jangan skip makan pagi. Satu kajian menyatakan, 4000 orang Amerika dewasa yang berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang 15 kg dalam setahun  adalah mereka yang tidak pernah lupa sarapan. Jika biasa bersarapan pukul 9.00 ,cuba ubah menjadi pukul 7.00 supaya proses pembakaran tenaga bermula lebih cepat. 

5. Jangan asal sarapan 
Mulakan hari dengan sarapan 300-400 kalori, tapi bukan dengan makanan berlemak tinggi. “Pilihlah sekeping roti gandum panggang dan 1 biji telur, ditambah 1 mangkuk salad. Atau, 100 gram nasi dengan 1 potong ikan ditambah 1 mangkuk sayur,”

6. Kunyah makanan 36 kali!
Cuba hitung, berapa jumlah kunyahan Anda sewaktu makan? Jika kurang dari 36 kali, cubalah tambah. Makin lama Anda mengunyah, makanan akan lebih mudah dicerna, Anda pun akan lebih mudah merasa kenyang. 

7. Perbanyak minum air putih
Kurang minum boleh membebankan ginjal yang dapat menyebabkan terjadinya dehidrasi. Hal ini dapat mengganggu sistem metabolisme tubuh. Jika Anda rajin minum air putih 1.5 liter atau 8 – 10 gelas per hari, tanpa diet apa pun, dalam waktu satu tahun Anda boleh turun hingga 2.5 kg.

8. Gerak,Bersenam!!
Senaman selama 60-90 minit, 3-4 kali seminggu, wajib dilakukan. Paduan aerobik seperti joging dan jalan kaki, masing-masing berselang-seling setiap 3 minit, cukup efektif membakar lemak. Jika tidak sempat, berjalan kaki keliling rumah atau ruang kerja selama 5 minit setiap selang satu jam dapat membakar 200-300 kalori. 

9. Lebih banyak serat 
Serat juga berperan besar dalam menghapus lemak. Makin banyak serat yang masuk dalam tubuh, volume feses akan makin cepat membesar karana serat bersifat menyerap air. Orang dewasa perlu 21 gram serat sehari. Jika Anda biasa makan buah dan sayur, tambahlah kuantitinya menjadi 5 mangkuk  sehari. Bahagi dalam 5 kali makan,”

10. Buah saja tak cukup 
Anda akan mudah kelaparan kalau hanya makan buah atau sayur. Masukkan 15%-20% protein di setiap menu Anda untuk meningkatkan metabolisme. Sistem pencernaan memerlukan energi untuk melakukan proses metabolisme. 

Cabaran diri di awal tahun. Wajib masuk list anda ye.

Selamat mencuba !!

Tuesday, 7 January 2014

Toxin penyebab wajah kusam

Detox -
♧Pernah dengar tak pasal DETOX? Ramai menyebut-nyebut pasal DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN. Apa sebenarnya detox ni ye?

♧Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal

♧Dari mana datang toksin?
Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :
UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi  sisa racun,  bahan kimia dan sebagainya.
UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

♧Tanda-tanda anda perlu DETOX
Masalah penghadaman
Sembelit
Sakit kepala
Jerawat
Penuaan pra-matang
Letih
Berat badan berlebihan
Insomnia

♧Cara & Langkah-langkah DETOX

Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,  cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
DETOX melalui kulit -  minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  dan menggunakan sistem penapis air yang baik

Detox dengan SHAKLEE!
Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda :

♢Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.

♢DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu  biji benih milk thistle,  kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati

♢Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh

♢Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit

Thursday, 10 October 2013

Tips turunkan berat badan

Tips kurangkan berat badan: 1. Sama ada sarapan & lunch, malam makan mcm biasa. 2. Sama ada sarapan & makan malam, tengahari makan macam biasa. Selepas makan berat, ambil lecithin dan alfalfa.      3. Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan. 4. Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari.. Letak target jangka pendek 3 (tiga) BULAN. 4. Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period. 5. WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari ye?. 6. JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood” 7. Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta. 8. AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air. 9. Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk dan sayur. 10. Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits.. senang cakap benda berkhasiat. 11. Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai pencuci mulut.

Sign up ZUIF membership