Saturday 19 January 2013

The impossible

Assalamualaikum

Masih ingatkah kawan-kawan dengan peristiwa tsunami di Acheh pada penghujung tahun 2004. Sedih kan, setiap kali saya tengok semula video ni di +YouTube sebak sangat... Buat pengajaran kita semua, sentiasa beribadah kepada Allah swt kerana dunia ini hanya persinggahan.

Apa kata uolls tonton filem The Impossible, cerita ni berdasarkan kisah benar mengenai satu keluarga yang bercuti sempena Krismas di Thailand.  Agak-agak uolls sebak tak bila tengok cerita ni.

Thank you for reading this entry.


Wednesday 16 January 2013

Red Velvet cake recipe



Assalamualaikum...

Minggu lepas berkesempatan untuk mencuba resipi kek Red Velvet... Alhamdulillah menjadi la juga. Dah la hand mixer jahanam, terpaksa la i dan suami guna kaedah tradisional. Guna senduk kayu je, lenguh tangan i tau. Apa kata uolls cuba resipi ni, confirm jadi... tapi i bakar kek tak guna oven tau. I guna jug rice cooker (philips intelligent rice cooker).




BAHAN-BAHAN

BAHAN A
- Tepung kek/ superfine             250g
- Serbuk koko                             15g
- Soda bikarbonat                       1sudu kecil
- Bking powder                          1 sudu kecil
- Secubit garam

BAHAN B
- Buttermilk                                250ml ( Susu segar + cuka / jus lemon 2 sudu ----> biarkan 15minit)
- Cuka makan                             1 sudu besar
- Esen vanila                               1 sudu kecil
- Pewarna merah                         2 sudu besar

BAHAN C
- Mentega                                    120g
- Gula kastor                                270g
- Telur gred B                              2 biji/ 100g


BAHAN-BAHAN FROSTING
- Cream cheese                            500g (dipotong menjadi kepingan)
- Unsalted butter                          120g
- Esen vanilla                               1 sudu kecil
- Secubit garam
- Gula icing                                 1 cawan



CARA PENYEDIAAN KEK
1) Ayak bahan A bersama dalam 1 mangkuk, sebatikan.

2) Dalam mangkuk berasingan campurkan kesemua bahan B dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga gebu.

3) Bahan C perlu disediakan dalam mangkuk berasingan juga. Pukul mentega dan gula sehingga bewarna putih dan ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji..

4) Masukkan separuh bahan A ke dalam campuran bahan C, sebatikan. Kemudian masukkan separuh bahan B, sebatikan. Masukkan baki bahan A, sebatikan dan masukkan baki bahan B dan sebatikan.

5) Sapu bekas kek dengan mentega. Bakar kek dalam intelligent rice cooker.




Sementara nak tunggu kek masak, saya sediakan bahan-bahan untuk frosting. Frosting ni boleh juga disediakan sebelum membuat kek.



CARA PENYEDIAAN FROSTING
1) Campurkan mentega dan gula. Pukul selama 2 minit. Masukkan cream cheese yang dipotong sekeping demi sekeping. masukkan esen vanilla dan garam.

2) Sejukkan dalam peti ais di bahagian chiller.




- Bila kek dah masak, cucuk lidi di tengah kek. Kalau tiada kek melekat pada lidi, maksudnya kek dah masak la tu.

- Sejukkan kek. Bila kek dah betul-betul sejuk, keluarkan kek dari bekas.
- Potong kek menjadi 2 lapisan.

-Keluarkan bahan frosting dari chiller dan sapu pada lapisan pertama kek.

- Tutup bahan frosting tadi dengan lapisan kek yg lain.

-Pada bahagian atas kek, sapukan bahan frosting tadi ke semua bahagia.

- Hias mengikut kreativiti anda ye.

- Masukkan sekejap dalam peti ais dah sedia untuk dihidang.


 




kek akan nampak lebih cantik bila uolls potong selepas dikeluarkan dari peti ais. Dalam gambar ni kek dipotong sebelum masuk peti ais.


cuba tau... senang je ni...

thank you for reading this entry... muahhhh uolls.

Friday 11 January 2013

5 tip mudah menjaga mata si manja

Assalamualaikum...

Anak adalah anugerah, kene la jaga elok-elok. Kalau boleh jaga anak dalam semua segi. Pemakanan, kesihatan, rohani  dan banyak lagi. Minggu lepas saya keluar membeli belah bersama keluarga, geram pula tengok ibu bapa biarkan anaknya bermain tanpa selipar atau kasut. Kaki ayam je, wahai ibu bapa jaga la kesihatan anak. Bila anak sakit, kita juga yang susah nanti. Betul tak uolls...

Bila sebut pasal kesihatan ni kebetulan saya ada terbelek majalah +Pa&Ma  , jom saya kongsikan tip mudah menjaga mata si manja anda...



TIP MENJAGA MATA SI MANJA

1) Pastikan cahaya lampu tidak terlalu terang sehingga boleh menggangu penglihatannya.

2) Sediakan makanan yang berkhasiat untuk penjagaan mata. Contohya seperti jus lobak segar, lobak kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.

3) Lakukan permainan bola dan gerakan yang meransang matanya.

4) Jangan biarkan anak menggosok mata terlalu lama.

5) Segera lakukan rawatan sekiranya mata si manja anda ada tanda-tanda yang mencurigakan.



senangkan uolls... lebih baik kita mencegah dari mengubati...

thank you for reading this entry...

Sign up ZUIF membership