Tuesday 26 March 2013

supermommy


Assalamualaikum...
 
 
Anak aku yang pertama si Zuhayrasyifa ni memang jenis tak memilih makan. Hentam je semua benda makan tapi badan tetap kecik dan kurus. Macam tak cukup makan pula bila nengok badan syifa. Berbeza pula dengan anak kedua aku si Amni Humaira. Bab makan memang memilih, tak padan dengan kecik. Nasib baik la aku dijodohkan dengan baby sitter yang bagus dan baik. (bukan jodoh nikah ye!). Bila aku bekerja, makan pakai anak semua baby sitter yang uruskan. Kadang2 die lebih tahu kegemaran anak aku. Hehe
 
 
Untung kalau dapat jadi suri rumah, semua benda buat sendiri. Rumah tangga semua sendiri yang uruskan. Anak sendiri yang besarkan. Nak buat macam mana, kalau tak kerja tak boleh nak bantu suami cari duit. Huhu.. Time cuti je la ada masa bersama keluarga. Kadang2 aku rasa masa bersama kawan-kawan kat tempat kerja lebih banyak berbanding di rumah.
 
 
Jadual harian memang full dengan aktiviti. Cuma dapat luangkan masa setengah jam je bersama bestfrend aku... hehehe... bestfrend aku ni memang banyak jasa, biarpun dah lama. Bila tiada idea nak masak, aku tanye die nak masak apa. Nak dapatkan tip or apa-apa informasi memang aku ngadap kawan baik aku ni... hahaha. hagak-hagak korang sape la kawan baik aku tu..
 
 
sape lagi incik +Google Malaysia la.
 
 
Bangun pagi siapkan diri, macam biasa tak pernah siapkan diri dengan tenang, konpem aku berlari lari anak .(tapi badan totap gomok). hurggg.. sarapan dirumah, kadang-kadang je aku sediakan. Pukul 7 pagi angkat dua2 powerpuff girl aku tu masuk dalam kereta. Ikat elok2 kat baby seat tu. kang kalau tak ikat betul-betul, tergolek plak anak aku tu. Semua beg baju n susu campak je dalam  kereta. Then, hantar rumah babysitter...
 
tapi mana incik.suami... Ada tapi awal-awal dah pergi kerja, dia yang bantu saya siapkan beg baju dan susu anak-anak.
 
Selesai hantar anak-anak , mula la aku pecut kereta ke tempat kerja. Jem kemain la jalan ni. Paling seronok bila musim cuti sekolah, jalan lengang je. Agaknye semua bercuti bawak anak2 makan angin kot. Masuk kerja pukul 8pagi sampai pukul 5...
 
Balik rumah selepas pukul 5, baru la masa sepenuhnya bersama keluarga... Setiap hari macam tu la rutin yang aku buat. Mungkin sama dengan ibu-ibu lain, mungkin ada ibu yang lebih sibuk dari aku. Yang penting pandai bahagikan masa bersama keluarga.



thank you baca celoteh mengarut aku nih!!!

Saturday 23 March 2013

25 tip hilangkan berat badan 25kg setahun


Assalamualaikum...

Hai uolls... geram la, azam tahun baru 2013 kononnye nak kurangkan berat badan. Susah tau bila berat badan berlebihan ni. Berdiri lama, sakit kaki. Panjat tangga, confirm tercungap-cungap macam berlari 100meter. Baju pulak semua dah ketat, kalau pakai macam pembalut nangka pulak... huhhh...



Ramai jugak kawan-kawan muka buku tawarkan produk untuk kuruskan badan ni, tapi maklumla aku ni jenis tak disiplin. Minggu pertama hari-hari makan produk, minggu kedua selang sehari minggu ke tiga pula sekali seminggu je la... seterusnya, korang agak-agak apa jadi dengan produk kuruskan badan aku tu.



Dek kerana tiada disiplin, aku beli ebook dengan +Kevin Zahri ... Alhamdulillah setiap minggu ada pengurangan sebanyak 1kg... hip hip hooreeyyyy!!!! . Tapi serius memang kena amalkan la sebab sekarang ni berat badan aku bertambah 2kg... nak tau kenapa....aku balik kampung la, mama masak sedap sangat, takkan nak makan sikit je. Rugi hehe... uolls jangan ikut aku tau, amalkan ape yang +Kevin Zahri  ajar.



jom uolls...
mula -mula sekali...


Ganti nasi lemak dengan nasi putih... Nasi lemak mempunyai kalori yang tinggi terutamannya dari santan. Nasi lemak mengandungi 340kalori berbanding nasi putih cuma 150kalori... banyak betul perbezaannya. Lebih baik pilih yang rendah kalori. Uolls yang dah kurus harus pilih makanan secara bijak kerana mampu mengekalkan berat badan juga tau.



Minum air kosong.. Minuman yang manis seperti air bikarbonat, jus n air-air lain mengandungi lebih kurang 300kalori.. Lebih baik minum air kosong yang tiada kalori.



Minum separuh minuman... takkan nak minum air kosong je kot, kadang-kadang nak juga kita minum minuman kesukaan kita. Apa kata uolls ambil separuh je minuman kegemaran....



Nasi separuh ye... jangan salahkan nasi ok! Kurangkan kuantiti pengambilan nasi. Ambil nasi separuh je, jumlah nasi yang disyorkan adalah segengam tangan je tau.



Pilih dada ayam tanpa kulit.... jangan pilih bahagian yang bahaya seperti peha dan kepak, sebaliknya pilih dada ayam tanpa kulit. Kalori ayam ni bergantung pada jenis masakan.



Kurangkan telur kuning... telur putih mengandungi 20 kalori, telur kuning pula mengandungi 80 kalori. Baik kurangkan pengambilan telur kuning ok!.



Susu rendah lemak... Ambil susu rendah lemak yang hanya mengandungi 110 kalori segelas susu.. elakkan susu penuh krim yang mengandungi 160 kalori segelas.



Bila Anda Ke Starbucks... Adakah anda penggemar setia kepada "mocha", "latte" atau "mochacino"? Tidak dinafikan kelazatan minuman tersebut tetapi kandungan kalorinya amatlah tinggi berbanding kopi biasa yang dicampurkan dengan susu lemak rendah tanpa gula (20 kalori). Malah kopi tanpa gula dan susu pula 0 kalori. Bandingkan dengan "café mocha" yang dipenuhi 200 kalori.



Coke vs Diet Coke vs Softdrinks... Satu tin biasanya mengandungi kira-kira 150 kalori – semuanya dari gula. Tapi "diet coke" hanya mengandungi gula tiruan. Jadi ia tidak mengandgungi apa jua kalori. Pada awalnya mungkin anda akan terasa sedikit kelainannya tetapi cubaan pertama anda akan membuatkan anda inginkan lagi…



Kurangkan Satu Sudu Kecil MinyakAnda boleh lakukan perbandingan kalori didalam lemak (9gram) kepada karbohidrat (4 gram) dan protin (4gram). Lemak memang yang terbesar jumlah kalori segram. 1 sudu besar (15gram) minyak (semua jenis minyak) mengandungi 135 kalori. Jadi jika anda boleh kurangkan 1 sudu besar minyak dalam masakan harian, anda telah mengambil tindakan yang sangat bijak.



Nikmati Sebahagian Pencuci Mulut ... Jika anda biasa ambil 2 skop ais krim(300 kalori), tukar kepada 1 skop(150 kalori) atau mungkin anda ingin membeli 100g ‘gummy bear’ (400 kalori) ubah kepada 50g(200 kalori). Apa yang penting ialah keseimbangan dan kesederhanaan.


Popcorn? Pilih Tanpa Karamel...Menonton wayang tanpa ‘popcorn’ adalah seperti … anda faham maksudnya. Itulah kebiasaan yang kita lakukan tetapi boleh mengubah dari karamel (600 kalori utk satu bekas biasa) kepada tanpa karamel (350 kalori). Kalori tinggi ini hasil dari karamel dan membangkitkan keenakkan ‘popcorn’. Tapi hakikatnya, ia memang menggemukkan.



Jus Buah - Jangan Tambah Gula ...Buah adalah adalah baik utk kita. Gula dalam buah ini adakah lebih baik tetapi jus buah yang dijual dipasaraya dan restoran kebiasaanya mengandungi gula tambahan yang tidak diperlukan. Plih minuman tanpa gula tambahan atau pesan minuman anda tidak di tambah gula. Cara ini mampu menjimatkan kira-kira 15g gula atau 60 kalori untuk satu gelas.



Milo atau 100 Plus Baik Untuk Anda?....Tujuan utama minuman sukan ialah : membekalkan tenaga kepada badan – melalui glukos (gula). Tapi jika matlamat anda adalah untuk mengurangkan berat badan, minuman sukan bukanlah yang piliahn terbaik. Kurangkan pengambilan gula dari minuman sukan ini dan tambah pengambilan air kosong untuk keperluan badan anda. Langkah ini boleh menjimatkan kira-kira 60 kalori untuk setiap sesi.

Roti Canai Separuh

Roti canai merupakan makanan kegemaran semua. Tapi sekeping roti canai mengandungi 300 kalori dan kebiasaanya diambil 2 biji sekali makan. Jika ia satu kemestian bagi anda, cuba ambil sahaja (atau tidak langsung). Gantikan selebihnya dengan hidangan yang lebih baik seperti dada ayam atau telur yang tinggi nilai protinnya. Anda boleh jimat kira-kira 300 kalori untuk setiap hidangan.





Teh Tarik Separuh Gelas

Seperti tip #3 atau #15, aplikasikan cara yang sama untuk teh tarik. Satu gelas teh tarik mengandungi 80 kalori. Minum separuh gelas dan pesan satu gelas air kosong untuk hilangkan dahaga. Boleh bantu anda menjimatkan kira-kira 40 kalori setiap hidangan.



 

Jangan Tambah Saiz Hidangan McD

Makanan segera selalunya tidak baik untuk kesihatan… tetapi pada zaman sekarang ia seolah-olah satu keperluan pada kita, termasuk saya. Tapi anda tidak perlulah pesan hidangan yang besar walaupun hanya beza harga yang sedikit. Hidangan yang besar akan menambahkan kalori kepada hidangan anda (dari gula minuman dan kentang). Anda tidak perlukan semua itu!



 

Hati-Hati Dengan Buah-Buahan

Kebaikan buahan ialah mengandungi mineral, vitamin dan serat. Perlu diingat bahawa pengambilan buah-buahan secara berlebhan adalah tidak baik. Gula yang terdapat dalam buah juga boleh menambahkan berat badan anda seperti yang lain. Sebagai contoh, sebiji epal adalah baik untuk anda, tapi 4-5 biji epal sehari pula terlalu banyak. Sebiji epal mengandungi 70 kalori.



 

Cukuplah Dua Biji Donat

Bagi kunjungan anda seterusnya ke kedai donat pilihan, tanya diri anda adakah perlukan separuh dozen donat seperti yang biasa dilakukan. 2 biji donat sudah memadai. Secara amnya sebiji donat mengandungi 200 kalori, jadi dengan mengambil 2 biji donat dari 6 biji pada kebiasaanya, anda mampu menjimatkan kira-kira 800 kalori.


 

Sediakan Snek Sihat Di Pejabat

Kesalahan yang selalu kita lakukan dipejabat ialah menikmati snek secara berlebihan. Pilihan kita pula biasanya terdiri dari coklat, kacang, kerepek dan banyak lagi. Kadangkala, cuba gantikannya dengan snek yang sihat seperti "meal replacement bar" atau bar protin yang lebih seimbang. Anda boleh menjimatkan kira-kira 100 kalori setiap hidangan


 

Sederhana Nikmati Kurma

Di Malaysia, kurma adalah tradisi yang dinikmati semua, terutamanya menjelang Ramadhan. Sememangnya kurma mempunyai rasa yang enak tetapi manisan yang terdapat dalam kurma juga datang dari gula. Memang banyak. Sebiji kurma mengandungi 25 kalori. Kawal nafsu anda dan jangan melebihi 2 biji kurma setiap hidangan.


 

Pilih Susu Soya Tanpa Gula

Soya merupakan sumber protin yang baik tetapi adalah terlalu sukar untuk mendapat soya tanpa gula yang sudah dipek. Jika boleh, dapatkan soya tanpa gula dan dengan cara ini anda mampu untuk kurangkan kira-kira 20gram atau 80 kalori.


 

Kurangkan Keju

Salah satu produk tenusu yang disukai ramai ialah keju. Keju mengandungi kalori yang agak tinggi dan kaya dengan kandungan lemak. Kurangkan pengambilan keju bila anda sediakan roti, pizza, pasta atau apa sahaja hidangan anda. Pengurangan ini mampu menjimatkan kira-kira 75 kalori (bersamaan 28 gram keju)


 

Pilih Makanan Panggang Atau Kukus

Dalam tip #5 kita bincang tentang dada ayam. Yang pasti kita boleh buat pilihan untuk memanggang dada ayam (140 kalori) berbanding dengan menggoreng dada ayam tersebut (300 kalori). Anda mampu mengurangkan kira-kira 120 kalori.

 

Pilih Roti Naan Kosong

Secara amnya roti naan adalah sumber karbohidrat yang baik. Roti naan cukup terkenal di Malaysia dan India. Ia mengandungi kira-kira 200-300 kalori. Jika anda gemarkan roti naan (200-300 kalori), elakkan dari roti naan "butter" (300-400 kalori) kerana kandungan kalorinya dipenuhi dengan lemak.







BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI / PENGEDAR SHAKLEE

KLIK PINK BUTTON NI....


Wednesday 20 March 2013

yeayyyy esok result SPM keluar,,,

Assalamualaikum.

Agak-agak apa perasaan bakal penerima keputusan SPM esok. Mesti korang semua gementar sampai rasa nak gugur jantung... harap-harap dapat keputusan yang membanggakan. Jangan lupa esok pakai pakaian yang sopan. Jangan pulak pakai yang over dedah sana sini. mentang-mentang dah habis SPM, dah habis sekolah la katakan.

Teringat pula aku zaman muda mudi dulu bila ambil keputusan SPM... Aku datang ambil keputusan lewat sket berbanding kawan-kawan lain. Kawan-kawan semua awal pagi dah sampai sekolah. Aku pula tengahari sket. Sampai je sekolah dapat tengok macam-macam reaksi kawan-kawan, yang menangis dan melompat macam orang kena sampuk pun ada. Ada yang duduk sorang-sorang kat tangga. Menjerit macam nampak hantu pun ada... Maklum la gembira yang teramat sangat. Yang paling kelakar ada juga yang melompat sebab gumbira dek kerana keputusan SPM banyak fail, apa lagi bapak suruh kahwin je la.

Aku pula tersengih-sengih je. Dalam hati ni macam-macam teka teki. Bila dapat je keputusan SPM, aku terus balik rumah. borak sekejap je dengan kawan-kawan. Hahaha... malu la result ok ok je.. tapi Alhamdulillah la dapat juga aku sambung belajar dan dapat kerja.. Rindu pula dengan kawan-kawan sekolah menengah... Bila nak jumpa lagi nih...

Korang ingat lagi tak reaksi kawan-kawan time dapat result SPM dulu."







thank you for reading this entry...

Sign up ZUIF membership