Saturday 23 January 2016

Apa yang best di Brinchang Cameron Highlands?

Assalamualaikum...




Bulan sebelas punya cerita.. sekarang baru hakak update... ampun.

Nah rose sekuntum sebelum baca entry kita... tapi ampun la ioll pun kompius tu muka ke dulang. Lebar sangat semenjak belajar ni. huhuhuhu. Ok, jom sambung baca.


Sempena cuti semester selama seminggu saya dan suami plan aktiviti menarik untuk tenangkan fikiran. Disebabkan belajar di usia tua, stress belajar dalam ketegori teruk. Die punye stress rasa macam nak menangis. Hihihi.. Suami cadangkan ke Langkawi atau Port Dickson sahaja. Saya tak nak tempat yang jauh dari rumah kami dan tak nak ke pantai. So, kami ambil keputusan untuk berehat di tempat yang lazimnya memberi ketenangan pada kami. Mana lagi kalau bukan ke Cameron Highlands. Hari sabtu 7/11/15 kami bertolak ke Cameron Highlands melalui jalan Tapah. Jalan ni agak merbahaya dan berliku-liku tapi kami suka ke Cameron Highlands melalui jalan ni. Sepanjang perjalanan dari selangor ke ke tol Tapah hingga ke air terjun Lata Iskandar cuaca agak baik, panas dan tiada mendung. Selepas melepasi air terjun Lata Iskandar hujan turun dengan lebat, bimbang jugak bila menyusuri dinding-dinding bukit di sepanjang jalan. Ada kesan tanah runtuh yang telah dibersikan. Kereta pengunjung yang lain agak banyak dan banyak yang singgah di Ladang teh Cameron Bharat Tea. Kami teruskan perjalanan. Bila menghampiri pekan Tanah Rata, kereta dah bersusun, jemmmmm. Mula la kami terfikir yang kami ni silap pilih tarikh bercuti untuk rehatkan minda. Alang-alang dah sampai kami teruskan je la rancangan kami. Jem pun jem la. Nak buat macam mana dah sampai.

Setetelah sampai di Tanah Rata, kami check in rumah tumpangan, hujan masih lagi lebat. Ambil kesempatan hujan lebat diluar untuk bersiap, solat dan berehat sebentar sementara menunggu hujan reda. Bila jam pun hampir pukul 5 petang, perut pun dan berkeroncong terpaksa jugak la kami keluar mencari makanan walaupun hujan masih lebat. Kami ambil keputusan untuk makan di Tanah Rata sahaja, kami keluar dengan menaiki kereta. Parking pun penuh, memang terlalu ramai pengunjung ke Cameron Highlands kali ni. Parking berhampiran Pasar pagi Tanah Rata, dan makan di kedai makan yang berhampiran dengan stesen bas Tanah Rata. Kemudian kami berjalan menyusuri kedai-kedai di Tanah Rata, sambil menjamu mata dengan jualan di sepanjang deretan kedai. Selepas itu bergerak ke Brinchang. Kereta pengunjung terlalu banyak, jem hampir sejam. Kebiasaannya nak ke Brinchang mengambil masa yang sekejap sahaja. Banyak masa dihabiskan dalam kereta je. Saat ni saya mampu tersenyum, cuma dalam hati berfikir kenapa la tak plan betul-betul. Kesian suami ku cramp kaki hadapi jem dengan kereta manual plak tu.

Setelah tiba di Brinchang, hampir setengah jam kami mencari car park yang kosong tapi tiada. Semua penuh. Terpaksa la teruskan kan perjalan ke Kea Farm. Alang-alang dah makan angin takkan nak terperap dalam bilik je. Lagipun kami ni bukan jenis suka terperap dalam bilik kalau makan angin. Hihihi. Bila dah nekad nak ke Kea Farm memang hati kene tabah la menghadap jem. Kiri kana jalan jem, suami sempat borak dengan orang kereta sebelah lagi tau. Nasib baik tak hidang teh tarik je. Hihihi.. Kereta dari Simpang Pulai/ Kg.Raja pun banyak bersusun tak bergerak langsung. Saya rasa pengunjung yang baru sampai ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai lebih ramai dari pengunjung yang melalui jalan Tapah. Dari Tanah Rata hujan tetap lebat, berhenti pun sekejap je lepas tu hujan lebat semula. Kami hanya menyusuri pekan Kea Farm, dek kerana jem setiap 5minit baru kereta bergerak, sempat la saya tengok kerenah-kerenah pengunjung membeli sayur. Mereka seronok walaupun dalam hujan yang agak lebat. Sempat selfie dengan sayur lagi tau. Tengok gelagat orang pun mampu buat saya tersenyum dan lupakan kekusutan yang ada... cewaaahhhh. Anak-anak sepanjang jalan tak berhenti bercakap. Amni dengan bahasa German nya, Syifa pula asik menyanyi. Cipta lagu sendiri. Rugi tak sempat nak rakam.

Kami singgah di Aranda nova di Kea Farm. Ada kompleks membeli belah di bawah hotel ni, ruang car park yang luas dan percuma buat masa sekarang tapi kedai-kedai dalam kompleks ni belum lengkap sepenuhnya. Masih baru dan hanya beberapa kedai yang beroperasi. Di sini ada beberapa kedai makan dan kedai pastry antaranya Teh Tarik Place dan Oldtown, terdapat 3D muzium/cinema (yang ni lupa sebab tak masuk pun, tengok dari luar je. Nak masuk kene bayar ok!), ada butik pakaian jugak dan juga kedai menjual dan sewakan fat bicyle (pertama kali ku tengok tayar basikal besar mengalahkan tayar motor). Kami singgah makan di Oldtown, mengisi perut yang kembali lapar. Tak larat nak hadapi jem. Kami jalan-jalan dalam kompleks ni je la dulu. Bila hampir pukul 10 malam kami ambil keputusan untuk pulang ke Tanah Rata, sebelum tu  niat di hati nak singgah di Brinchang mana tau pasar malam Brinchang masih belum tutup, kemungkinan jem pun dah berkurangan. Sangkaan kami meleset, jalan tetap penuh dengan kereta. Sabar je la nak buat macam mana kan. Bila tiba di Brinchang, ada beberapa kedai di pasar malam nampak masih ada urusan jual beli. Kebetulan dapat park kereta di tempat selamat dan tidak mengganggu lalu lintas. Boleh la singgah beli fresh Strawberry. RM25 untuk 2 paket besar, buah pun besar-besar dan manis tapi ada jugak yang masam. Makan je la sebab dah tu rezeki kami. Bersyukur kan. Kemudian kami balik ke rumah tumpangan kami di Tanah Rata. Seronok betul si Syifa dapat makan buat strawberry kegemaran nya. 2 paket besar tu untuk dia sorang je, kami rasa sebiji dua je. Anak ohh anak.


Lapar tapi sempat lagi kakak senyum


Jemput tengok... merah menyala, biji kuning tu kalau cungkil boleh ke kita semai ek ?





Hari ke-Dua,

Selepas solat subuh, paksa anak-anak mandi dan bersiap. Kemas barang-barang untuk check out. Kami check in rumah tumpangan yang lain di Brinchang. Bukan sebab rumah tumpangan di Tanah Rata ni tak best tapi kami lebih suka mencuba rumah tumpangan dengan harga bajet. View luar bilik pun lain. Sebelum check out kami sarapan dulu di Tanah Rata, Kedai Mamak je berhadapan dengan stesen bas Tanah Rata. Selesai sarapan dan menjamu mata dengan dengan hasil jualan di pekan Tanah Rata, kami ke rumah tumpangan.Bersiap-siap untuk check out. Lepas tu terus ke lokasi wajib bila ke Cameron Highlands, iaitu Mardi. Di Mardi macam-macam jenis tumbuhan kita boleh tengok. Antara yang seronok, di sini banyak taman-taman yang menjanjikan permandangan yang menarik. Sangat menenangkan tapi si amni lasak sangat, saya tak dapat nak menghayati sangat keindahan taman-taman kat sini.Sabar je la. Antara taman yang best, taman inggeris, taman tumbuhan dapur, taman rose, kekwa, orkid, herba, buah pir, buah epal,strawberry, buah anggur, pokok rasberry, blueberry, ladang teh,taman arnab dan burung pun ada dan macam-macam lagi la. Kami solat di dalam kawasan mardi, kemudahan surau disediakan. Kemudahan lain seperti cafe dan kedai menjual produk-produk Cameron Highlands.Selepas ke Mardi kami ke Brinchang untuk check in rumah tumpangan di sana.


Mardi, tanaman herba


Taman inggeris. Memang susah nak snap pic anak-anak bertuah ni

Kabus tebal... macam jerebu pun hadooo


Tenang je nampak kabus kat belakang tu. Time ni amni dok melompat, jangan harap la nak bergambar dengan kakaknya.



Sampai senget kepala kau kakak oiii...



Macam-macam jenis rose ada kat sini, jenis menjalar pun ada. Pic takde, meh la datang tengok sendiri kat Mardi.


Abahnya dah macam bodyguard artis, dah kenapa berkerut je dahi. Penat kejar anak eh ?. 


Konon sembunyi dalam bunga biar nampak selim tapiiiii... dah nape muka dulang nampak gelap ni. huhuhuhu


Bunga kecik-kecik tu Amni paling geram nak kutip. Tangan asik nak petik bunga je. 




Makan di Brinchang.Kemudian kami ke Kampung Sedia. Pusing-pusing kampung lihat masyarakat melayu di tanah tinggi. Banyak homestay disediakan di sini. Kebun sayur dan ladang strawberry juga ada di sini. Saya belum pernah menginap di kg.Sedia. Menurut pengalaman kawan-kawan saya, homestay rumah papan sangat sejuk pada waktu malam maklum la rumah papan. Mesti best kan. Belakang rumah dah ada kebun sayur dan kebun strawberry. Satu hari nanti, kalau ke Cameron Highlands saya pasti akan mencuba. Insyaallah. Berhampiran dengan kampung Sedia ada air terjun. Parit Waterfall, tapi tak ramai orang ke sana. Suasananya pun sepi je. Hanya ada 2 buah kereta je, itupun bila kami datang mereka dah berkemas nak keluar dari kawasan ini. Kebetulan cuaca hanya mendung dan tidak hujan, boleh la kami singgah dan tenangkan fikiran di sini sekejap. Di Parit Waterfall ada jambatan gantung berhubung ke hutan, tak berani nak mencuba memandangkan masa tu pakaian agak sopan. Maklumla  "Wanita jelita terakhir" la katakan.Hihi. Kami rehat-rehat tenangkan fikiran sehingga petang. Waktu ini hujan kembali lebat.

Waktu minum petang kami ke Time Tunnel Cafe, lokasi nya di Brinchang juga. Menikmati Strawberry coffee dan Strawberry tea sambil makan roti bakar. Nyummehh... serius sangat sedap. Apa yang menarik cafe ini seperti kopitiam di zaman dulu kala, senang citer zaman saya kecik pun tak pernah merasa suasan kedai macam ni. Sebelah Time Tunnel Cafe adalah muzium Time tunnel. Saya cadangkan bawa mak ayah ke sini. Mesti dorang tersenyum kan, ye la teringat kenangan indah di zaman muda bila lihat barang-barang lama di muzium ni. Selepas minum petang kami ke Kea Farm. Singgah makan di ArandaNova, makan malam di Old town je. Kalau ke pekan Brinchang dan tentu meja makan penuh. Pada waktu malam di pekan Brinchang masih ada pasar malam. Beli sedikit cendermata yang tak terbeli pada malam sebelumnya. Badan pun dah penat, balik ke rumah tumpangan je la. Segarkan badan dan rehat. Alhamdulillah tiada hujan. Bancuh kopi dan rasa angin malam di luar rumah tumpangan, yang ada hanya bukit dan bunyi-bunyi unggas malam. Tenang, sejuk, nyaman dan sunyi sepi je. Bising dengan suara ninjagirl ku je la.Pada waktu malam, hujan turun agak lebat. Musim hujan lebat.



Hari ke-Tiga

Kemas barang-barang dan kami check out awal pagi. Sarapan di pekan Brinchang. Parking kereta agak jauh dari tempat makan, Biar burn sket calories. Selesai makan kami menjelajah deretan kedai di pekan Brinchang. Terpaksa buat aktiviti yang ntah apa-apa ni disebabkan jalan sesak penuh dengan kereta pengunjung. Hujan pun agak lebat. Bila hujan reda kami ke Big Red Strawberry Farm, lokasi di Brinchang juga. Masuk adalah percuma tapi car park dia agak menggerunkan sebab tinggi diatas bukit. Bimbang jugak takut kereta burukku buat hal semasa mendaki nanti. Di sini terdapat banyak view yang menarik, ada ladang sayur yang kita boleh sentuh dengan sayurnya, ada ladang anggur, strawberry dan bunga-bunga. Di sini harga bunga-bunga agak murah. Terdapat juga kemudahan seperti cafe. Tiada daya nak beratur beli makanan or minuman kat sini, terlalu ramai pelawat ke Cameron Highlands kali ini. Hati-hati bila menuruni bukit untuk keluar dari Big red strawberry farm kerana sangat curam.

Anakkuuu tengok je, jangan petik.


Geram tengok sayur-sayur ni. Sebungkus rm5. Tak beli pun, tengok je.


Sambil baca entry ni, jangan korek hidung ye uoll.




Masa untuk pulang, singgah makan tengahari di restoran makanan segera Marrybrown di Tanah Rata. Kemudian Singgah di Cameron Bharat tea lagi sekali. Waktu ni hujan sangat lebat. Risau jugak nak lalu jalan Tapah. Nak berpatah balik ke Simpang Pulai pun tak daya sebab jalan sangat jem. Tawakal je la dan teruskan perjalanan. Dalam perjalanan melalui jalan Tapah pun jem teruk. Selam 15minit kereta tak bergerak. Sempat pelawat-pelawat lain turun dari kereta dan singgah beli madu (tidak dapat dipastikan madu ini tulen atau tidak) dari orang asli. Kemudian dimaklumkan oleh orang asli adanya tanah runtuh. Agak gerun menunggu lama dalam kereta bila mana betul-betul sebelah kami bukit tinggi dengan bongkah batu yang besar. Ada air mengalir dicelah-celah batu besar tu. Bila kereta dah bergerak, saya lihat sangat banyak tanah runtuh disepanjang jalan, Tak pernah lagi saya lihat tanah runtuh sebanyak ini. Insaf. Kereta pengunjung berderet naik ke Cameron Highlands pun sangat banyak. Mungkin esoknya raya depavali, ramai pengunjung ambil peluang bercuti. Rancangan asal ingin singgah mandi kolam air panas semulajadi di Hutan Lipur Kuala Woh tetapi tidak tertunai (lokasinya sebelum Tapah, jika dari Cameron Highlands), ye la sampai di Tapah pun dah malam, disebabkan jem teruk dek kerana tanah runtuh. Lain kali ada rezeki, insyaallah datang lagi.


Tarikh handbrake, matikan enjin kereta. pakat turun borak-borak. Lama menunggu kat sini.


Insyaallah lain hari ketemu lagi tanah kupijak dan langit kujunjung di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang.






IKLAN....

INGIN BUAT BELIAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SECARA ONLINE ?

KLIK SINI ----> ESP HEBAT

Sign up ZUIF membership