Wednesday 30 April 2014

Orang kelantan je yang faham

org Kelantan jeww paham citer nie....kikikkikikikiii  
copy je la hihihi serius nii .. copy je .. btl  copy je ... ish.. hahaha ..

Mamat merupakan anak tunggal pok ya dan mok yae. Adapun mamat ni sangatlah manja dan jadilah mamat seorang anak muda yang taktahugorskaro. Mamat takdop dok susahapo sebab moppop dia ore ada. 
Pok yar n mok yae pun kiralah bini ko mamat prak.

Maka bernikahkahwinlah akan mamat.
Setelah dekat sbule mnikoh maka jatuh hairanlah bini mamat bila dia prasan sesuatu.
" abe x smaye kor? Tanya siti, bini mamat
" smaye????
" kalu gitu abe kena belajarlah, sede molek esok jumaat, abe gi la sejjid.
Esokan tu, mamat pun pakailah baju gombang yang digosok oleh bininya.
" abe nok smaye lagu mana nih?
" oxoloh, abe g awal sikit pahtu gak abe gi dok la blake tok imae." Abe turut ore jah"
" ooo.kalu gittu abe gi slalu"
Maka mamat pun gi la sejjid. Sapa d sejid mamat pun duduk la blake tok imae.

" wei la baso kakah mamat mari smaye! Ngigga kor guano? Kata derih, saing mamat. Derih pun ngesot slow slow g dok blakae mamat. Maka smaye pun start.
Masa rukuk, derih pun sodok punggung mamat dgn palo. Mulo mulo mamat x irau. Deris pun sugung pulak. " oo smaye kena sugung ... Mamat pun sodok punggung tok imae..mnyacar sikit tok imae...

Masa sujud, derih pun gletek kaki mamat. Mamat trasa geli. " oo geli jugak smaye nih! Mamat pun slow2 gletek kaki tok imae. Tkejut tok imae. " hok mano pulop main gletek kaki. Tok imae cuba op. Derih gletek kaki mamat skali lagi. Mamat terus gletek kaki tok imae. Tok imae braso geli xleh nok op. Tok imae sero nak maroh. Dio pun tunjal ... Puapppp..keno sede molek atas idung mamat. " adus, mamat pun tunjal muka derih. Sede molek kena mulut derih. Pecoh bibir mulut derih. Derih braso nok maroh la wei..derih bingkas bangun dan wi nimbok atas blake mamat. "Oloh beratnya smaye!!
Mamat pun bingkas bangun lalu terus bui nimbok atas blake tok imae. Maka rebah terap lah tok imae kena nimbuk kderat mamat.
Sekian.

ado sambongey lagi..
petey tu pulok toktuo mamat ajok smsye asar. mamat pong bereh r siap paka sokok nga baju gombang hok tengoh ari takdi. mamat ikot molek jah toktuo dio buat sremo rukon smaye sapa siak wi sale. sremo mamat ikot. maso nok zzikir tu toktuo dio pusing bkeke sikit ngadak makmum...mamat pong ikot pusing blake retek la.
" guano pulok mnatu aku ni?
toktuo mamat wat toktahu jah. lepah abih baco do'o pakat ssale lah blako...
lepahtugak toktuo mamat bangun jjale g kpitu nnengung alah ktanoh...mamat pong g nungung retek..

"x beto ko nnatu aku ni??
toktuo mamat braso laen dh..dio pong kohokoho jjale g alah ko jnelo plok. derah mamat ikot slalu..toktuo mamat tkejut pah lopak turun kok jnelo. mamat pong terjung retek.
"sudoh doh la mnatu aku masok atu doh la. toktuo mamat lari kok atah batah padi. mamat pong hungga retek.
" hambat sungguh wei.
dekat nok sapa ujong petok sawoh mamat braso letih. ble2 hungga mamat laung.
" tok abih lagi ko wei smaye asar!!! letih doh ni. 
Haha

Sunday 27 April 2014

Mati pucuk boleh diubatkan?

Assalamualaikum

Petang-petang pekena teh panas dan kuih muih pun sodap ni.
Lepas tu buat aktiviti outdoor.
Cam sy bersihkan pokok bunga je la. Alihkan ke tempat baru je.
Baru je bersihkan sepasu dah keluar en.lipan dan sanak saudaranya dari dalam tanah kat pasu.
Mau tak melompat!!!
 Rasanya takde orang perhatikan aku, kalau tak malu laa ^_^¦¦¦

Lipan gemar sangat dok dalam tanah kat pasu bunga ni. Agaknya dah jadi rumah banglo lipan kat dalam pasu tu.
Pokok  Red Button Ginger (Costus Woodsonii).
Ni pokok ubat. Orang yang mati pucuk boleh jadikan ia sebagai ubat.
Disebabkan pokoknya cantik, sy bela je la...
Cantik merah je kaler nye. Kalau pindahkan atau tanam pokok ni di tanah lapang memang cepat dia membiak.

Sekarang ni saya kena fikir cara nak halau en.lipan tu...
Maaf ye lipan, kalau ku jumpa kau mau mamfussss ku kerjakan kau.
Reaksi spontan bila nampak benda yang kita tak suka. Huhuhu
( ̄︶ ̄)> <( ̄︶ ̄)/ (‵﹏′) ╮(‵▽′)╭



Thank you for reading this entry!


Monday 21 April 2014

Percutian bajet ke Cameron Highland

Assalamualaikum

Baru-baru ni berkesempatan untuk cuti-cuti bersama my small family.
Aku, suami, anak-anak kecilku dan adikku



Ok la di cameron highland je.Entah kali ke berapa kami ke sini, tak pernah jemu.hihhihi. 
Sebenarnya ni last minute programme. Nak ke tempat lain pastu tukar program ke Cameron highland. Musim cuti sekolah plak tu, memang semua bilik hotel full. Nasib baik ada hotel bajet yang sangat selesa.
Kami menginap di sebuah hotel bajet di Tanah Rata. Kebiasaannya kami lebih suka menginap di Brincang, nak buat macam mana hotel full house daaaaa!


Vacation singkat cuma 2 hari 1 malam je. Kami pergi hari sabtu.
Kami lalu Tapah... Sepanjang perjalanan ke Cameron Highland ninja girls tidur. Seb baik la... Aman duniaku sekejap.

Bila sampai je area Tapah dorang dah bangun...
Huwaaaa... bakal huru hara la. Boleh muntah aku, mana taknye nak layan jalan bengkang bengkok tu lagi.
Sepanjang perjalanan singgah sekejap ladang teh. Hujan gerimis. So tak boleh nak menghayati keindahan ladang teh lama-lama.



Ladang teh... view dari tepi jalan. gayat nya bila pandang ke bawah.


Kami sampai di Tanah Rata waktu petang lebih kurang pukul 5petang.
Chek in hotel, mandi manda, solat dan rest sebentar.
Lepas magrib kami ke Pasar malam di Brincang.


Mak aiiiiii
Ramai nya manusia... jalan pun jem.
Memang banyak la memborong barang dan gift kat pasar.

Rata-rata penuh plastik bag kiri dan kanan pelawat. Sakan shopping warga Malaysia la. Termasuk kami. Hahahahaha....

Mat dan mek saleh jalan2 sambil makan je.

Buah strawberi wajib beli. Makin hampir waktu tamat perniagaan pasar malam, makin banyak promosi buah strawberi. Itu yang seronok.
Hidangan wajib beli di pasar malam di brincang cendawan dan bayam celup tepung, jagung mutiara rebus yang sangat manis, strawberi coklat. Teh, sayur, cerdermata untuk dibawa balik pun sesuai beli di sini. Memang sangat berbaloi...

kiri kanan tangan penuh beg plastik, maka tak sempat la nak snap pic... huhiiii...

Selepas tak mampu tangan untuk bawa plastik bag, tiba masa nya untuk kami pulang ke tempat penginapan. Rehatkan badan tapi sebelum tu kami singgah makan. Brincang ada banyak kedai makan yang menghidangkan makanan seafood. Selesai je makan kami balik ke tempat penginapan. Rest untuk jenjalan esok plak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi Ahad yang sejuk dan damai.
Selepas bersiap kami keluar sarapan di Tanah rata je. Pekena nasi lemak, teh tarik dan air coklat strawberi yang panas. Syok layan dengan cuaca yang sejuk tu.

" Ciksu jom kita sarapan..."


Selesai bersarapan, kami ke Mardi Agroteknologi di Tanah Rata ni je. Kalau tak silap setiap isnin ditutup ye... Bayaran entry banyak kategori. Dewasa cuma rm3 atau rm5 je.. lupa dah.hihihi tapi murah la kan.
Berbaloi tau, macam-macam ada kat sini.
Taman Inggeris
Taman Herba
Taman Rose
Taman bunga
Taman orkid
Ladang teh
Kebun Strawberi
Kebun epal dan pir
Kebun Anggur
Kebun sayuran dapur
Banyak lagi la boleh menjelajah sekitar Mardi ni.


Lavender di Taman inggeris yang sangat wangi

Susah nak snap pic si Amni ni... tak reti dok diam. Ni je yang berjaya.

Taman Inggeris

Aikkk dari mana datangnye bear tu... hahhahaaa

Berangan la plak kan... ni sebenarnye tempat amik wuduk, surau dalam kawasan Mardi ni. Geram tengok pokok duit-duit kat dinding tu. Kalau duit betul, dah lama aku kutip... $$$$ mata duitan ehhh!

En.suami yang berbunga-bunga...

Small english cottage dari pandangan tepi... abang tepi sikit!!!

Macam ni rupa pokok Asparagus... ni yang besar, yg kita makan tu yg kecik2 tak berdaun.
Pokok yang kiri kanan, tengah tu syifa ye... kikikiki


Pukul 11 kami balik ke hotel, bersiap dan kemas barang untuk check out. Selesai check out kami ke Brincang dan Kea Farm
Kat sini singgah kedai bunga dan singgah beli sayuran fresh. Tak sah kalau ke Kea Farm kalau tak beli sayur.Hihi. Walaupun cuaca sejuk kami tetap beli homemade strawberi ais krim.Sedap wehhh... Sepanjang jalan mulut tak bhenti mngunyah. Makan je kejenya, cendawan goreng la, jagung rebus la.
Kalau kaki makan gini la... Tengok badan kitewww la ye!!!

Lavender Garden pun menjadi destinasi utama kami.

Syifa dah tukar baju n seluar... dah kaler blok jadinye....

Ninja girls dah tido kepenatan... Ni kat bahagian atas Lavender garden.

Alahaiiii buah hati ku...

Bunga di dinding kat luar parking kereta.

Petang selepas Asar kami bertolak balik rumah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Banyak sangat pic yang tak mampu saya nk share. Jom melancong dalam Malaysia dulu sebelum ke luar negara. Perjalanan yang singkat dan sangat bajet sebab kami cuma habiskan rm400 termasuk minyak kereta, tol, penginapan di hotel bajet, makan yang tak henti-henti dan shopping.
Nak berjalan makan angin tak semestinya bajet kena tinggi, betul tak???
Bijak uruskan kewangan anda.


~~Thank you for reading this entry~~

Sign up ZUIF membership