Thursday 15 February 2018

RESIPI KUIH ONDE-ONDE SEDAP

Assalamualaikum

Minum dan makan petang lebih sedap kalau kita buat sendiri je kan.. hari ni iff nak share resipi kuih onde-onde.. sekarang jarang ada orang jual kuih onde-onde ni, bulan puasa banyak la.. Jom kita buat sendiri je kuih onde-onde...

Bahan-bahan:
  • Tepung pulut (Secawan)
  • Tepung gandum (1/4 cawan)
  • Air pandan secukupnya (Kalau takde air pandan boleh guna pewarna hijau dan air masak)
  • Gula melaka/Nisan kelantan lagi sedap (dipotong dadu)
  • Kelapa parut muda (putih sahaja)
  • Sedikit garam

Cara buat:
  • Kelapa parut muda di campur dengan garam dan diketepikan
  • Dalam mangkuk berasingan, sebatikan tepung pulut dan tepung gandum.
  • Masukkan air pandan sedikit demi sedikit.
  • Uli sehingga membentuk doh.
  • Cubit doh dan isikan gula melaka. Buat bentuk bulat.
  • Panaskan air hingga mendidih.
  • Masukkan onde-onde tadi bila onde-onde timbul pada permukaan air, ambil guna penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi kelapa parut.
  • Sedia untuk dihidang.

Mudah kan. Selamat mencuba!



CARA BUAT JAMU KEMPISKAN PERUT

Haii Assalamualaikum

Bersawang dah blog iff.. lama sangat iff tak share entry buat korang kan. Hari ni iff nak share cara buat jamu kempiskan perut. Senang sangat buat jamu ni, hanya guna bahan yang ada kat dapur korang je... 

Klik sini untuk tengok bahan-bahan yang diperlukan ---> [ CARA BUAT JAMU KEMPISKAN PERUT]

atau klik je sini---> [CARA BUAT JAMU KEMPISKAN PERUT]

Selamat mencuba..

Sign up ZUIF membership