Sunday 25 May 2014

DISCLAIMER

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Friday 9 May 2014

Denggi dan kesihatan anda

Denggi dan kesihatan anda

Apakah itu demam denggi?

Demam denggi(dengue fever) berkait rapat dengan virus DEN-1,DEN-2,DEN-3 DAN DEN-4. Virus denggi merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti virus denggi. Simptom demam denggi seperti penyakit selesema yang teruk,demam,ruam,sakit-sakit badan dan sakit kepala. Denggi boleh dihidapi oleh bayi, kanak-kanak dan remaja tetapi jarang sekali menyebabkan kematian. Demam denggi berdarah(dengue hemorrhagic fever) dan Sindrom Renjat Denggi (Dengue Shock Syndromes) merupakan bentuk denggi yang paling berbahaya.

Bagaimana denggi berjangkit?

Demam denggi terjadi apabila nyamuk Aedes betina yang terjangkit menggigit anda.

Nyamuk aedes betina terjangkit semasa menghisap darah seseorang yang menghidap denggi. Seekor nyamuk aedes betina memindahkan virus tersebut kepada individu yang mudah dijangkiti.

Denggi tidak merebak secara langsung dari seorang ke seorang yang lain.

Sepanjang kitaran hidupnya. Kitaran hidup virus denggi itu di dalam darah manusia

yang telah dijangkitinya ialah selama 3-14 hari atau purata 4 hingga 6 hari. Anda mungkin diserang demam secara tiba-tiba serta berbagai-bagai tanda dan simptom yang tidak khusus.

Apakah simptom demam denggi?

Simptom demam denggi berbeza-beza mengikut usia pesakit.

Simptom-simptom utama denggi adalah:

demam panas
sakit kepala yang teruk
sakit belakang
sakit sendi
rasa loya dan muntah
sakit mata dan
ruam.
bayi dan kanak-kanak akan mengalami kesakitan yang agak kurang berbanding dengan orang dewasa.

Simptom Demam Denggi Berdarah dan Sindrom Renjatan Denggi

Ciri-ciri demam Denggi Berdarah (dengue hemorrhagic fever) dan Sindrom Renjatan Denggi (DSS) seperti serangan demam secara tiba-tiba, setinggi 40-41ºC.
Demam berlanjutan selama 2 hingga 7 hari dengan tanda dan simptom demam denggi yang serupa.
Pendarahan hidung atau gusi.Ini disebabkan oleh kebocoran rerambut darah, yang membolehkan komponen bendalir keluar daripada pembuluh darahdan kemungkinan pendarahan
dalaman. Bilangan platelet akan merosot sehingga kurang daripada 100,000/mm3.
Pendarahan pada usus
Lebam kulit
Perdarahan subkonjunktiva
Hidung berdarah
Perdarahan kecil pada kulit
Pendarahan pada usus
Tempoh berlakunya demam Denggi Berdarah(DHF) adalah 7-10 hari.

Adalah sukar untuk membezakan di antara demam disebabkan penyakit virus lain dengan demam denggi atau demam Denggi Berdarah.

Pesakit yang menghidap demam Denggi Berdarah (DHF) atau Sindrom Renjatan Denggi( DSS) yang teruk,umumnya simptom demam denggi tidak khusus akan berlaku untuk beberapa hari. Ia diikuti pula dengan keadaan pesakit yang merosot secara tiba-tiba. Pesakit kelihatan tidak bermaya dan menjadi resah.

Peringkat kritikal demam Denggi Berdarah(DHF) dan Sindrom Renjatan Denggi (DSS) berlaku paling kerap, 24 jam selepas suhu badan jatuh atau di bawah paras normal. Jika Demam Denggi Berdarah tidak dirawat, ia boleh membawa kepada Sindrom Renjat Denggi.

Masa di antara gigitan nyamuk hingga tercetusnya simptom atau tempoh pengeraman

Tempoh pengeraman purata untuk Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah adalah 4-6 hari. Jangka masa pengeraman biasanya dari 3 hingga 14 hari.

Bagaimana anda disahkan demam denggi?

Doktor anda akan melakukan ujian darah sel darah platelet. Jika jumlah sel darah platelet kurang dari 150,000/mm3 anda akan di suspek sebagai pesakit demam denggi.

Ujian serologi dalam makmal akan dilakukan untuk mengesan antibodi khusus dalam serum pesakit lima hari selepas menghidap demam. Jika perlu, ujian tersebut harus diulang selepas 2-3 minggu.

Terdapat kit ujian cepat di pasaran tetapi agak kurang sensitif. Kit ujian cepat demam denggi ini selalunya digunakan oleh klinik-klinik swasta.

Rawatan untuk demam Denggi.

Ubat khusus antivirus denggi tidak wujud lagi.

Rawatan utamanya adalah

Mengawal simptom dan mencegah komplikasi yang timbul daripada Demam Denggi Berdarah (DHF)

dan Sindrom Renjatan Denggi (DSS) yang teruk.

Pemantauan harian yang rapi bagi jumlah platelet, supaya pesakit dapat menerima terapi penggantian bendalir dan pemasukan platelet jika perlu.

Tindakan yang anda patut ambil jika demam denggi.

Jika anda diserang demam denggi, lawati doktor anda atau pergi

hospital kerajaan atau hospital swasta yang berdekatan.

Pengesanan dan rawatan awal bagi simptom tersebut boleh menyelamatkan nyawa.

Apakah tempoh jangkitan selepas tercetusnya simptom?

Individu yang dijangkiti tidak akan menjangkiti orang lain secara sentuhan

langsung. Walau bagaimanapun, jika seseorang individu itu digigit oleh nyamuk

semasa berada dalam peringkat awal jangkitan demam denggi, nyamuk itu

mungkin akan dijangkiti juga dan boleh memindahkan virus denggi kepada orang

berikutnya melalui gigitannya.

Adakah anda memperoleh imuniti denggi jika selepas diserang jangkitan denggi .

Setakat ini tiada bukti-bukti anda akan memperoleh imuniti selepas jangkitan.

Terdapat 4 jenis virus Denggi. Jangkitan pada satu jenis tidak memberikan

perlindungan jangka panjang daripada jenis-jenis yang lain. Kajian menunjukkan

bahawa risiko mendapat DHF atau DSS akan meningkat pada orang yang pernah

dijangkiti salah satu daripada 4 jenis virus Denggi tersebut.

Peranan masyarakat untuk mengurangkan demam denggi.

Orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan yang berisiko tinggi.
Jaga kawasan rumah mereka supaya bebas daripada denggi. Bersihkan tempat pembiak nyamuk aedes. Gunakan racun serangga dan abate ke dalam bekas mengandungi air.
Kurangkan gigitan nyamuk seperi memasang bilik berjaring
Langkah-langkah supaya tidak digigit nyamuk, seperti berada di dalam
bilik yang berjaring atau berhawa dingin, menggunakan racun serangga
aerosol untuk membunuh nyamuk serta menggunakan penghalau nyamuk
yang mengandungi 20% -30% DEET (dietiltoluamida). Sentiasa ambil tahu
mengenai epidemik yang berlaku di negara yang anda kunjungi.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk dengan:
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air.
Tukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan lebih kerap untuk mencegah nyamuk dari membiak
Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
Buangkan air dan basuh penggalas pasu bunga
Bolehkah saya mendapatkan vaksin melawan Denggi?

Masih tidak ada vaksin untuk denggi

Elakkan bertandang ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Nyamuk aedes bukannya serangga malam.Waktu puncak nyamuk ini mencari makan ialah di awal pagi dan di awal senja. Elakkan bertandang di kawasan berisiko tinggi di siang hari.

Sign up ZUIF membership