Thursday 10 October 2013

Tips turunkan berat badan

Tips kurangkan berat badan: 1. Sama ada sarapan & lunch, malam makan mcm biasa. 2. Sama ada sarapan & makan malam, tengahari makan macam biasa. Selepas makan berat, ambil lecithin dan alfalfa.      3. Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan. 4. Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari.. Letak target jangka pendek 3 (tiga) BULAN. 4. Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period. 5. WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari ye?. 6. JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood” 7. Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta. 8. AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air. 9. Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk dan sayur. 10. Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits.. senang cakap benda berkhasiat. 11. Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai pencuci mulut.

Monday 29 July 2013

Turunkan 5-10KG di bulan Ramadhan

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan uolls... Macam mane ramadhan kali ni, ok x? Rasanya memang normal bila masuk je ramadhan semua orang sibuk mengerjakan ibadah dan sibuk nak kurus dan cantik... Nak kurus dan cantik sempena raya nanti. Ni saya tak cakap orang lain la sebab memang dah terkena kat batang hidung sendiri.
~~~ Nak cantik kunun Puiii , orang lain dah cantik aku pun sibuk nak cantik jugak~~
 Memang kali ni nekad nak turunkan berat badan. Iff dah buat semua petua yang kevin zahri ajar tapi semangat sekejap je. So, sekarang ni iff amik supplement shaklee sebab di suggest kan oleh seseorang. Siap jadi ahli lagi tau. Disamping untuk membantu turunkan berat badan, kulit pun cantik dan badan pun bertenaga dan sihat. Dah 5 hari berpuasa ni memang bertenaga. Gastrik pun hilang. Encik suami pun ambil shaklee untuk elakkan Gastrik dan angin dlm badan. Serius iff dan suami memang puas hati dengan shaklee.
 Memang shaklee berbeza dari supplement lain. Pengguna shaklee pun ramai kat dunia ni.. hehehe.. So, testimoni memang berjuta-juta yang berpuas hati. Kalau tak caye iff bagitau ni boleh goggle tang testimoni pengguna shaklee. Iff beriya share pengalaman iff ni sebab memang dah jadi kewajipan kita menjaga kesihatan. Mencegah lebih baik dari mengubati. Tak salah berbelanja lebih untuk kesihatan diri dan keluarga. Hasilnya memang berbaloi.
 Sape tak sayang family beb!
Nak tahu supplement SHAKLEE apa yang iff makan... HEHEHE... Dah tentu la iff amik SET TURUNKAN BERAT BADAN... Banyak manfaat yang iff dapat dengan supplement shaklee ni tau.
antaranya:
~ Menggebukan kulit muka, muka nampak glowing je.. hehehe
~ Mengurangkan dan menghilangkan parut jerawat.
~ Mengurang dan menghilangkan jeragat.
~ Kulit bertambah cantik dan berseri seri.
~ Slimming set yang amat berkesan.
Tapi dengan syarat kena bnyak minum air... Yang dicadangkan 3 liter sehari.. Pengambilan supplement perlu seimbang dengan pengambilan air.
Supplement yang iff ambil untuk membantu turunkan berat badan :
ALFALFA / OMEGAGUARD
LECITHIN
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
ALFALFA SHAKLEE



alfalfa
 antara kebaikan dan faedah lain alfalfa ni:

~ Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.

~Meningkatkan penghasilan susu bagi ibu yang menyusukan anak.

~ Mencuci usus bagi membuang toksik.

~ Melegakan sakit sendi dan belakang.

~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

~ Memberi kelegaan semasa haid.

~ Merawat artritis.

~ Bagus untuk allergi dan eczema.

~ Merawat asma.

~ Meneutralkan asid dalam badan.

~ Merawat masalah keputihan pada wanita.

~ Menegangkan payudara.

~ Bertindak seperti kacip fatimah pada para isteri.

~ Memulihkan urat selepas bersalin.

~ Membantu masalah pencernaan dan penghadaman.

~ Meningkatkan stamina lelaki/suami.

~ Melegakan sembelit.

~ dan banyak lagiiii....

next time saya  kongsikan tentang kebaikan dan faedah lecithin dan energizing soy protein.


tq... tata n muahhhhhh uolls




Sunday 30 June 2013

Resipi mudah: Bubur nasi oats & horlicks

Assalamualaikum...

Tetiba datang mood nak mencipta resipi bubur nasi untuk anak-anak... hehe.. simple dan sangat senang.. Bau pun harum. maklumla sebab guna horlick ni. Memang sedap hingga menjilat jari la. Seronok tengok Syifa & Amni makan. Selamat mencuba.

senang sangat:


BAHAN-BAHAN
 
Beras
Air
Ubi kentang
Horlick
Susu tepung
Oats
 
 
 
CARA MEMASAK
 
 Basuh beras dan masak dengan air seperti biasa... bila buat bubur nasi air kene la lebih.
 
Masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu, pastikan korang buang dulu la kulit ubi kentang tu.
 
Bila dah hampir masak masukkan oats.
 
Masukkan dua sudu horlick dan dua sudu susu tepung... biarkan mendidih dan betul-betul masak...
 
siap untuk dihidang.
 
 
aikksss mana bentuk dadu.. hahaha iolls malas nk potong bentuk dadu tadi.. main hiris2 nipis je....
 
 
 
 
~~~Selamat mencuba~~~
 
 
Jom dapatkan produk kecantikan dengan harga yang promosi...
klik like ye pink ribbon shop


Monday 3 June 2013

Thalassaemia

Assalamualaikum...

Tau tak thalassaemia tu apa? Sebelum uolls nak menempuh alam perkahwinan, aku sarankan uolls buat dulu ujian saringan thalassaemia. Penting tau... Tujuannya untuk kita tahu status thalassaemia kita atau pasangan. Samada normal atau pembawa. Sekiranya kita normal dan pasangan kita pembawa thalassaemia dikira ok kerana anak uolls nanti takde penyakit thalassaemia tapi mungkin salah sorang anak uolls cuma pembawa thalassaemia... uolls tidak digalakkan berkahwin dengan pembawa thalassaemia jika uolls juga pembawa thalassaemia. ok! paham ke tak aku mencarut ni... meh aku explain lagi....


Apa itu Thalassaemia
Penyakit warisan darah yang disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam pembentukan rantai polipeptida atau ketiadaan satu atau lebih rantai globin.
Jika rantaian Alpha yang terlibat ia dikenali sebagai Alpha thalassaemia
Jika rantaian Beta yang terlibat ia dikenali sebagai Beta thalassaemia.









Jenis-jenis Thalassaemia

Alpha thalassaemia

Beta thalassaemia

δ- thalassaemia

δ-βthalassaemia or δ -γ -βthalassaemia (HPFH-Hereditary persistence of fetal haemoglobin)
 
 
 
 
 
Ujian-ujian untuk diagnosis Thalassaemia
 

FBP

Hb Analysis : Kaedah
- HPLC
- Capillary electrophoresis
 -Gel Electrophoresis.

DNA analysis

Family study – untuk ahli keluarga.


Ujian-ujian makmal ni uolls boleh dapatkan secara percuma di klinik kesihatan atau hospital berdekatan uolls... Cakap je nak buat ujian saringan thalassaemia 'Pre-marital screening'.






Thank you for reading this mencarut entry

Thursday 30 May 2013

Layan upin ipin

Assalamualaikum


Syok jugak layan upin ipin ni tapi bila hari-hari dok tengok, naik bosan plak. Mana taknye pagi petang siang malam upin ipin je yang anak-anak aku ni ngadap.

Senang je kalau nak bagi anak-anak duduk diam depan tv sementara aku buat apa-apa la kan. Macam dah kena pukau dengan upin ipin pun ada anak-anak aku nih... Meh aku kongsi salah satu citer peberet ninja-ninja aku nih.




Thursday 23 May 2013

Gwiyomi pulak dah

Assalamualaikum..

Sebelum ni PSY~~~~ gangnam stail... sekarang gwiyomi pulak... Semua pakat dok buat aksi cute... dah bosan tengok yang cute... tengok yang kelakar pun best.. hehe... tapi paling aku suka gadis comel ni buat gwiyomi...




Memang cute sangat...

Lasaknya Syifa & amni

Assalamualaikum

syoknye syifa dudu=tidur (dudu tu maksudnya tidur, tu bahasa syifa)


Pagi-pagi balik dari on-call singgah beli roti... sarapan makan roti je la.. hehehe... Sampai je rumai terkejut aku bila tengok anak tido di lantai, abah plak kat atas toto.. aishhhh tak tido dalam bilik ke malam tadi... Syifa tido kat lantai ni mesti kes tido lasak.




bawah meja, bawah walker semua bawah die nak masuk.. aishhhh budak ni.





 panjat meja plak.. aduyaiiii anak ku


Sementara syifa tido ,amni plak tengok kartun & main nyorok kat bawah walker... aku siapkan makan pagi. roti sapu coklat dan air horlick je... untung jugak rumah kecik ni, sambil sediakan juadah pagi sambil menjeguk anak yang sedang main. Kalau dapur dan ruang tamu terpisah jauh terpaksa la aku angkut amni letak kat dapur, aku tak gemor sangat nak bagi anak kecil masuk kat dapur sebab rasa macam bahaya je....



Makan dulu la, biar je la abah & syifa tidur dulu, kesian abahnya malam tadi jaga syifa & amni yang tak mau tido. Malam ni oncall lagi... sangat membosankan... Kan best kalau jadi suri rumah je. Tengahari ni nak masak apa ye?  Any idea???


Thank you for reading this mencarut entry...

Friday 10 May 2013

Nak sambung belajar degree... tolong lahhhh

Assalamualaikum

Hati ni sedih sangat.. Apa yang dihajat dan dirancang selama ni tak tercapai... Baru-baru ni aku ada mintak kebenaran dari ketua unit untuk sambung belajar ke peringkat degree. Belum hantar surat permohonan pun lagi tapi tak direstui oleh ketua unit. Alasannye dah ada staff lain yang masih ambil degree secara pjj (pendidikan jarak jauh).




Baru mintak dengan ketua unit pun tak disetujui, belum lagi mintak kebenaran ketua jabatan dan pengarah hospital, belum lagi mohon universiti. Diperingkat awal pun dah ada halangan.  Tujuan aku sambung belajar untuk capai cita-cita aku. Kesian mama aku mesti sedih aku tak dapat sambung belajar. Disebabkan keputusan spm biasa je, aku bermula dari bawah. Ambil diploma teknologi makmal perubatan pun kerajaan yang tanggung. Time amik diploma belajar sungguh-sungguh, kononnya nak sambung degree tapi....... huhuhu....



Menyesal dulu tak belajar betul-betul. Kalau masuk matrikulasi boleh sambung degree terus. Sekarang baru nak menyesal.Umur dah 28 tahun. Makin lama makin tua. Otak pun makin lama makin berkarat. Aku pun tak tahu apa patut aku buat.. Rasa macam nak kuatkan semangat mengadap ketua jabatan dan buat rayuan. Jangan aku menangis depan die sudah la. Apa aku buat sekarang ni, nak sangat-sangat sambung belajar... Kan untung kalau ketua jabatan baca rintihan aku ni.

Ya Allah ya tuhanku... kau permudahkanla urusan dunia akhirat ku ini... amin



Apa aku patut buat ni???? tolongggg


Friday 3 May 2013

Resipi mudah : Meat ball Spaghetti

Assalamualaikum


Jom masak spageti lagi... Dah jadi hantu spageti plak anak-anak aku ni... Aku pun sama.. hahaha...
kali ni memang senang nak buat...






BAHAN-BAHAN
Daging cincang - 1 pek
Tomato- 7biji (saiz besar)
Bawang merah - 5 biji
Bawang putih - 5 Ulas
Bawang holland - 1 biji
Sos tomato - 7 sudu
Mixed herbs - 1 sudu
lada hitam - 1 sudu teh
garam
gula
spageti jangan plak dilupakan.. hehe...
OK jom MASAKKKK
jom buat meatballs dulu...
Ambil separuh daging cincang dari pek tadi, masukkan dalam mangkuk, masukkan garam secubit, sedikit serbuk lada hitam. Kalau uolls rajin cincang halus carrot,parsley. Gaul bersama dengan daging cincang tadi.. Bentukkan menjadi bulat dan goreng.
jom buat sos...
Uolls blend kesemua bawang dan tomato sehingga halus.
Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun/minyak masak biasa. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi.
Masukkan sos tomato, mixed herbs, serbuk lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
Masukkan daging cincang, biarkan hingga mendidih...
Masukkan meatballs yang dah di goreng tadi dan tutup api...
Sedia untuk dihidang...
Selamat mencuba.
thank you for reading this mencarut entry!!!


Wednesday 10 April 2013

Resipi mudah Carbonara Spaghetti

Assalamualaikum


Jom masak spageti, tak kisah sedap ke tak yang penting buat sendiri terjamin kebersihan. Korang ingat makan kat kedai yang high class tu terjamin kebersihan ke? tak sama dengan masak kat rumah tau.. (cehhhh poyo la plak.... uweeekkkks). Heee aku kadang-kadang je masak.




Ni ha aku nak kongsi resepi spageti carbonara versi pemalas. Konpem menjadi, dah tak hingin nak makan spageti kat luar tau.Uolls tau kenapa resipi aku menjadi sebab aku guna instant sos tapi aku campur la dengan bahan-bahan lain. Rasa lebih mengancam la.









Bahan-bahan:
Sos spageti PREGO carbonara- 1 tin

Sos spageti PREGO cheese & herbs- 1 tin

Bawang merah - 3 (saiz besar)

Bawang putih- 3 ulas

Daging ayam cincang -300g

Cendawan butang - 1tin

Cili benggala merah-1biji

Cili benggala kuning-1 biji

lada hitam-1 sudu (yang telah ditumbuk)

Spageti-1 pek





Cara-cara:
Rebus la dulu spageti sampai lembut. bila dah lembut tos spageti. Pastikan semua air dah di tos. Kemudian gaul spageti dengan minyak zaitun. Tujuannya tak nak bagi spageti ni melekat.




Penyediaan sos:
Cendawan dihiris nipis dan ketepikan.

Cili benggala dipotong dadu dan ketepikan.

Kisar bawang merah dan  bawang putih.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun, bila minyak dah panas masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.

Masukkan kedua-dua sos segera prego, masuk secubit garam dan masukkan lada hitam. Pastikan api perlahan tau uolls.

Masukkan daging ayam cincang. Biarkan ayam masak.

Kemudian uolls masukkan cendawan dan cili benggala yang dipotong dadu tadi.

Bila dah masak sedia untuk dihidang.







Senang je kan, main campak-campak je. Kalau uolls nak lebih rasa cheese boleh tambah cheese, whipping cream dan susu segar.











Jangan lupa cuba tau... senang je ni, kalau aku boleh buat mesti uolls berpuluh kali boleh buat yang lebih sedap.



Selamat mencuba....






Thank you for reding this mencarut entry... muahhhh 

Saturday 6 April 2013

Pakej photography murah dan berpatutan

Assalamualaikum..


Rakam detik yang terindah dalam kehidupan. Zaman sekarang ni mesti ramai yang tercari-cari photographer yang terbaik dengan harga yang berpatutan.. Meh aku suggest.. hehe...
Tak kira apa pun majlis korang boleh snap gambar tau... Nak amik gambar dengan perut memboyot bersama suami terchenta pun boleh. sekarang ni dah jadi trend out door shooting. Mesti best tau, cantik je. Lebih natural. Semalam ada kawan aku tanya, incik suami dah tak amik gambar kawin ke? jawapannye ada tapi sibuk sangat tak sempat nak upload pic kat blog sendiri.. jadi meh mak jemah ni tolong promote... hehehe...















so, apa tunggu lagi, open for booking. Nak quotation boleh terus ke blog ni rawsoularts photos ....
atau boleh ke muka buku Facebook RawsoulartPhotography.


Jangan ketinggalan dapatkan pakej harga yang terbaik tau..


thank you for reading this celoteh mengarut... mua

Tuesday 26 March 2013

supermommy


Assalamualaikum...
 
 
Anak aku yang pertama si Zuhayrasyifa ni memang jenis tak memilih makan. Hentam je semua benda makan tapi badan tetap kecik dan kurus. Macam tak cukup makan pula bila nengok badan syifa. Berbeza pula dengan anak kedua aku si Amni Humaira. Bab makan memang memilih, tak padan dengan kecik. Nasib baik la aku dijodohkan dengan baby sitter yang bagus dan baik. (bukan jodoh nikah ye!). Bila aku bekerja, makan pakai anak semua baby sitter yang uruskan. Kadang2 die lebih tahu kegemaran anak aku. Hehe
 
 
Untung kalau dapat jadi suri rumah, semua benda buat sendiri. Rumah tangga semua sendiri yang uruskan. Anak sendiri yang besarkan. Nak buat macam mana, kalau tak kerja tak boleh nak bantu suami cari duit. Huhu.. Time cuti je la ada masa bersama keluarga. Kadang2 aku rasa masa bersama kawan-kawan kat tempat kerja lebih banyak berbanding di rumah.
 
 
Jadual harian memang full dengan aktiviti. Cuma dapat luangkan masa setengah jam je bersama bestfrend aku... hehehe... bestfrend aku ni memang banyak jasa, biarpun dah lama. Bila tiada idea nak masak, aku tanye die nak masak apa. Nak dapatkan tip or apa-apa informasi memang aku ngadap kawan baik aku ni... hahaha. hagak-hagak korang sape la kawan baik aku tu..
 
 
sape lagi incik +Google Malaysia la.
 
 
Bangun pagi siapkan diri, macam biasa tak pernah siapkan diri dengan tenang, konpem aku berlari lari anak .(tapi badan totap gomok). hurggg.. sarapan dirumah, kadang-kadang je aku sediakan. Pukul 7 pagi angkat dua2 powerpuff girl aku tu masuk dalam kereta. Ikat elok2 kat baby seat tu. kang kalau tak ikat betul-betul, tergolek plak anak aku tu. Semua beg baju n susu campak je dalam  kereta. Then, hantar rumah babysitter...
 
tapi mana incik.suami... Ada tapi awal-awal dah pergi kerja, dia yang bantu saya siapkan beg baju dan susu anak-anak.
 
Selesai hantar anak-anak , mula la aku pecut kereta ke tempat kerja. Jem kemain la jalan ni. Paling seronok bila musim cuti sekolah, jalan lengang je. Agaknye semua bercuti bawak anak2 makan angin kot. Masuk kerja pukul 8pagi sampai pukul 5...
 
Balik rumah selepas pukul 5, baru la masa sepenuhnya bersama keluarga... Setiap hari macam tu la rutin yang aku buat. Mungkin sama dengan ibu-ibu lain, mungkin ada ibu yang lebih sibuk dari aku. Yang penting pandai bahagikan masa bersama keluarga.



thank you baca celoteh mengarut aku nih!!!

Saturday 23 March 2013

25 tip hilangkan berat badan 25kg setahun


Assalamualaikum...

Hai uolls... geram la, azam tahun baru 2013 kononnye nak kurangkan berat badan. Susah tau bila berat badan berlebihan ni. Berdiri lama, sakit kaki. Panjat tangga, confirm tercungap-cungap macam berlari 100meter. Baju pulak semua dah ketat, kalau pakai macam pembalut nangka pulak... huhhh...



Ramai jugak kawan-kawan muka buku tawarkan produk untuk kuruskan badan ni, tapi maklumla aku ni jenis tak disiplin. Minggu pertama hari-hari makan produk, minggu kedua selang sehari minggu ke tiga pula sekali seminggu je la... seterusnya, korang agak-agak apa jadi dengan produk kuruskan badan aku tu.



Dek kerana tiada disiplin, aku beli ebook dengan +Kevin Zahri ... Alhamdulillah setiap minggu ada pengurangan sebanyak 1kg... hip hip hooreeyyyy!!!! . Tapi serius memang kena amalkan la sebab sekarang ni berat badan aku bertambah 2kg... nak tau kenapa....aku balik kampung la, mama masak sedap sangat, takkan nak makan sikit je. Rugi hehe... uolls jangan ikut aku tau, amalkan ape yang +Kevin Zahri  ajar.



jom uolls...
mula -mula sekali...


Ganti nasi lemak dengan nasi putih... Nasi lemak mempunyai kalori yang tinggi terutamannya dari santan. Nasi lemak mengandungi 340kalori berbanding nasi putih cuma 150kalori... banyak betul perbezaannya. Lebih baik pilih yang rendah kalori. Uolls yang dah kurus harus pilih makanan secara bijak kerana mampu mengekalkan berat badan juga tau.



Minum air kosong.. Minuman yang manis seperti air bikarbonat, jus n air-air lain mengandungi lebih kurang 300kalori.. Lebih baik minum air kosong yang tiada kalori.



Minum separuh minuman... takkan nak minum air kosong je kot, kadang-kadang nak juga kita minum minuman kesukaan kita. Apa kata uolls ambil separuh je minuman kegemaran....



Nasi separuh ye... jangan salahkan nasi ok! Kurangkan kuantiti pengambilan nasi. Ambil nasi separuh je, jumlah nasi yang disyorkan adalah segengam tangan je tau.



Pilih dada ayam tanpa kulit.... jangan pilih bahagian yang bahaya seperti peha dan kepak, sebaliknya pilih dada ayam tanpa kulit. Kalori ayam ni bergantung pada jenis masakan.



Kurangkan telur kuning... telur putih mengandungi 20 kalori, telur kuning pula mengandungi 80 kalori. Baik kurangkan pengambilan telur kuning ok!.



Susu rendah lemak... Ambil susu rendah lemak yang hanya mengandungi 110 kalori segelas susu.. elakkan susu penuh krim yang mengandungi 160 kalori segelas.



Bila Anda Ke Starbucks... Adakah anda penggemar setia kepada "mocha", "latte" atau "mochacino"? Tidak dinafikan kelazatan minuman tersebut tetapi kandungan kalorinya amatlah tinggi berbanding kopi biasa yang dicampurkan dengan susu lemak rendah tanpa gula (20 kalori). Malah kopi tanpa gula dan susu pula 0 kalori. Bandingkan dengan "café mocha" yang dipenuhi 200 kalori.



Coke vs Diet Coke vs Softdrinks... Satu tin biasanya mengandungi kira-kira 150 kalori – semuanya dari gula. Tapi "diet coke" hanya mengandungi gula tiruan. Jadi ia tidak mengandgungi apa jua kalori. Pada awalnya mungkin anda akan terasa sedikit kelainannya tetapi cubaan pertama anda akan membuatkan anda inginkan lagi…



Kurangkan Satu Sudu Kecil MinyakAnda boleh lakukan perbandingan kalori didalam lemak (9gram) kepada karbohidrat (4 gram) dan protin (4gram). Lemak memang yang terbesar jumlah kalori segram. 1 sudu besar (15gram) minyak (semua jenis minyak) mengandungi 135 kalori. Jadi jika anda boleh kurangkan 1 sudu besar minyak dalam masakan harian, anda telah mengambil tindakan yang sangat bijak.



Nikmati Sebahagian Pencuci Mulut ... Jika anda biasa ambil 2 skop ais krim(300 kalori), tukar kepada 1 skop(150 kalori) atau mungkin anda ingin membeli 100g ‘gummy bear’ (400 kalori) ubah kepada 50g(200 kalori). Apa yang penting ialah keseimbangan dan kesederhanaan.


Popcorn? Pilih Tanpa Karamel...Menonton wayang tanpa ‘popcorn’ adalah seperti … anda faham maksudnya. Itulah kebiasaan yang kita lakukan tetapi boleh mengubah dari karamel (600 kalori utk satu bekas biasa) kepada tanpa karamel (350 kalori). Kalori tinggi ini hasil dari karamel dan membangkitkan keenakkan ‘popcorn’. Tapi hakikatnya, ia memang menggemukkan.



Jus Buah - Jangan Tambah Gula ...Buah adalah adalah baik utk kita. Gula dalam buah ini adakah lebih baik tetapi jus buah yang dijual dipasaraya dan restoran kebiasaanya mengandungi gula tambahan yang tidak diperlukan. Plih minuman tanpa gula tambahan atau pesan minuman anda tidak di tambah gula. Cara ini mampu menjimatkan kira-kira 15g gula atau 60 kalori untuk satu gelas.



Milo atau 100 Plus Baik Untuk Anda?....Tujuan utama minuman sukan ialah : membekalkan tenaga kepada badan – melalui glukos (gula). Tapi jika matlamat anda adalah untuk mengurangkan berat badan, minuman sukan bukanlah yang piliahn terbaik. Kurangkan pengambilan gula dari minuman sukan ini dan tambah pengambilan air kosong untuk keperluan badan anda. Langkah ini boleh menjimatkan kira-kira 60 kalori untuk setiap sesi.

Roti Canai Separuh

Roti canai merupakan makanan kegemaran semua. Tapi sekeping roti canai mengandungi 300 kalori dan kebiasaanya diambil 2 biji sekali makan. Jika ia satu kemestian bagi anda, cuba ambil sahaja (atau tidak langsung). Gantikan selebihnya dengan hidangan yang lebih baik seperti dada ayam atau telur yang tinggi nilai protinnya. Anda boleh jimat kira-kira 300 kalori untuk setiap hidangan.





Teh Tarik Separuh Gelas

Seperti tip #3 atau #15, aplikasikan cara yang sama untuk teh tarik. Satu gelas teh tarik mengandungi 80 kalori. Minum separuh gelas dan pesan satu gelas air kosong untuk hilangkan dahaga. Boleh bantu anda menjimatkan kira-kira 40 kalori setiap hidangan.



 

Jangan Tambah Saiz Hidangan McD

Makanan segera selalunya tidak baik untuk kesihatan… tetapi pada zaman sekarang ia seolah-olah satu keperluan pada kita, termasuk saya. Tapi anda tidak perlulah pesan hidangan yang besar walaupun hanya beza harga yang sedikit. Hidangan yang besar akan menambahkan kalori kepada hidangan anda (dari gula minuman dan kentang). Anda tidak perlukan semua itu!



 

Hati-Hati Dengan Buah-Buahan

Kebaikan buahan ialah mengandungi mineral, vitamin dan serat. Perlu diingat bahawa pengambilan buah-buahan secara berlebhan adalah tidak baik. Gula yang terdapat dalam buah juga boleh menambahkan berat badan anda seperti yang lain. Sebagai contoh, sebiji epal adalah baik untuk anda, tapi 4-5 biji epal sehari pula terlalu banyak. Sebiji epal mengandungi 70 kalori.



 

Cukuplah Dua Biji Donat

Bagi kunjungan anda seterusnya ke kedai donat pilihan, tanya diri anda adakah perlukan separuh dozen donat seperti yang biasa dilakukan. 2 biji donat sudah memadai. Secara amnya sebiji donat mengandungi 200 kalori, jadi dengan mengambil 2 biji donat dari 6 biji pada kebiasaanya, anda mampu menjimatkan kira-kira 800 kalori.


 

Sediakan Snek Sihat Di Pejabat

Kesalahan yang selalu kita lakukan dipejabat ialah menikmati snek secara berlebihan. Pilihan kita pula biasanya terdiri dari coklat, kacang, kerepek dan banyak lagi. Kadangkala, cuba gantikannya dengan snek yang sihat seperti "meal replacement bar" atau bar protin yang lebih seimbang. Anda boleh menjimatkan kira-kira 100 kalori setiap hidangan


 

Sederhana Nikmati Kurma

Di Malaysia, kurma adalah tradisi yang dinikmati semua, terutamanya menjelang Ramadhan. Sememangnya kurma mempunyai rasa yang enak tetapi manisan yang terdapat dalam kurma juga datang dari gula. Memang banyak. Sebiji kurma mengandungi 25 kalori. Kawal nafsu anda dan jangan melebihi 2 biji kurma setiap hidangan.


 

Pilih Susu Soya Tanpa Gula

Soya merupakan sumber protin yang baik tetapi adalah terlalu sukar untuk mendapat soya tanpa gula yang sudah dipek. Jika boleh, dapatkan soya tanpa gula dan dengan cara ini anda mampu untuk kurangkan kira-kira 20gram atau 80 kalori.


 

Kurangkan Keju

Salah satu produk tenusu yang disukai ramai ialah keju. Keju mengandungi kalori yang agak tinggi dan kaya dengan kandungan lemak. Kurangkan pengambilan keju bila anda sediakan roti, pizza, pasta atau apa sahaja hidangan anda. Pengurangan ini mampu menjimatkan kira-kira 75 kalori (bersamaan 28 gram keju)


 

Pilih Makanan Panggang Atau Kukus

Dalam tip #5 kita bincang tentang dada ayam. Yang pasti kita boleh buat pilihan untuk memanggang dada ayam (140 kalori) berbanding dengan menggoreng dada ayam tersebut (300 kalori). Anda mampu mengurangkan kira-kira 120 kalori.

 

Pilih Roti Naan Kosong

Secara amnya roti naan adalah sumber karbohidrat yang baik. Roti naan cukup terkenal di Malaysia dan India. Ia mengandungi kira-kira 200-300 kalori. Jika anda gemarkan roti naan (200-300 kalori), elakkan dari roti naan "butter" (300-400 kalori) kerana kandungan kalorinya dipenuhi dengan lemak.







BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI / PENGEDAR SHAKLEE

KLIK PINK BUTTON NI....


Wednesday 20 March 2013

yeayyyy esok result SPM keluar,,,

Assalamualaikum.

Agak-agak apa perasaan bakal penerima keputusan SPM esok. Mesti korang semua gementar sampai rasa nak gugur jantung... harap-harap dapat keputusan yang membanggakan. Jangan lupa esok pakai pakaian yang sopan. Jangan pulak pakai yang over dedah sana sini. mentang-mentang dah habis SPM, dah habis sekolah la katakan.

Teringat pula aku zaman muda mudi dulu bila ambil keputusan SPM... Aku datang ambil keputusan lewat sket berbanding kawan-kawan lain. Kawan-kawan semua awal pagi dah sampai sekolah. Aku pula tengahari sket. Sampai je sekolah dapat tengok macam-macam reaksi kawan-kawan, yang menangis dan melompat macam orang kena sampuk pun ada. Ada yang duduk sorang-sorang kat tangga. Menjerit macam nampak hantu pun ada... Maklum la gembira yang teramat sangat. Yang paling kelakar ada juga yang melompat sebab gumbira dek kerana keputusan SPM banyak fail, apa lagi bapak suruh kahwin je la.

Aku pula tersengih-sengih je. Dalam hati ni macam-macam teka teki. Bila dapat je keputusan SPM, aku terus balik rumah. borak sekejap je dengan kawan-kawan. Hahaha... malu la result ok ok je.. tapi Alhamdulillah la dapat juga aku sambung belajar dan dapat kerja.. Rindu pula dengan kawan-kawan sekolah menengah... Bila nak jumpa lagi nih...

Korang ingat lagi tak reaksi kawan-kawan time dapat result SPM dulu."







thank you for reading this entry...

Sign up ZUIF membership