Tuesday 25 February 2014

8 ciri collagen/kolagen terbaik | Collagen powder terunggul

Assalamualaikum
Segalanya tentang collagen.

Sedikit penerangan supaya kita tahu perbezaan nya.
Banyak sangat produk collagen di pasaran. Nampak je angka 1000 terus nk beli. Sabar tunggu dulu.
Tengok unit apa.
Dalton ke mg.
1000 tu untuk apa. Size collagen atau berat collagen untuk setiap sachet ke?
Kene tengok betul-betul.

Kadang2 harga collagen brand xxx lebih murah berbanding brand shaklee tp bila ditengok rupanya brand xxx kandungan collagen hanya 1000mg untuk setiap sachet.
Saya takde pa cakap produk shaklee bagus disebabkan saya sid shaklee. Kalau ia tak bagus tiada la orang repeat order. Tapi ramai repeat order tau..
Malas nk cakap banyak la tapi product speak itself... hihihi.

Banyak pot pet plak. Hihi...
Rasa2 tahu tak dalton tu apa

Tiga ciri penting yang UTAMA ni anda kene tahu sebelum beli produk collagen.

1)Tahu tak apa itu Dalton??
Dalton adalah unit bagi berat molekular collagen.Collagen powder Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular. Sekitar 1000 Dalton sahaja.
Ianya amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sistesis collagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan.

2)Apa itu 4000mg bagi setiap sachet collagen??
4000mg adalah kandungan collagen yang terdapat didalam setiap sachet collagen...
wowwww banyaknye!
Collagen biasa dipasaran hanya 1000mg sahaja.
Shaklee collagen powder adalah supplement collagen yang unggul, mengandungi 4000mg RSS collagen (sisik ikan merah) proprietari. Sejenis collagen tulin dan bermutu tinggi yang diestrak dari sisik ikan merah.

3)Dari mana sumber collagen yang terbaik??
Sumber colagen yang terbaik adalah dari ikan.

3 diatas adalah yang paling utama.
Ni panduan bagi anda pengguna bijak boleh gunakan untuk memilih collagen powder.

8 Panduan Memilih Kolagen Yang Baik

► Lebih baik pilih dalam bentuk makanan(atau cecair) dari di suntik untuk memastikan sistesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.
► Pilih saiz kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi kesan lebih cepat.
► Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
► Pastikan kolagen tersebut mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.
► Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.
► Kolagen juga penting bukan sahaja untuk kekal cantik tapi kesihatan sendi juga perlu dijaga  maka adanya kandungan glucosamine adalah bonus point untuk mendapat sendi yang sihat.
► Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
► Last but not least pastikan ia SELAMAT  dan tidak bertoxin kerana we want MAGIC potion into our body not TOXIC!!
credit:Aula

Kelebihan kolagen Shaklee

Secara ringkasnya, kolagen adalah sejenis protein utama bg tisu sokongan dalam badan kita...untuk keanjalan dan kekenyalan kulit. Ia merangkumi lebih kurang 30% daripada keseluruhan protin dalam badan. Atau lebih khusus lagi ia menyokong kekuatan, kekenyalan dan keanjalan kulit.. haa yang anjal, lembut mmg semua orang suka..Sebab tu sekarang ni merata2 jenama ada jual kolagen. haishh.. mcm2...semua orang nak beli kolagen. Ikutla yer duit masing2, muka masing..Buat pilihan bijak yer.. jangan main beli sebarang sahaja...  hihi.Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam. Kerana kolagen bersumber ikan strukturnya yang mirip dengan kolagen manusia dan molekulnya lebih kecil mudah diserap oleh tubuh manusia dan sebab ia tahan lasak..

Okey.. berbalik pada jenama kolagen pilihan hati saya adalah Shaklee Collagen Powder. Saya memilih SCP sebab ia bersumberkan sisik ikan merah (4000mg),
SAIZ kolagennya yang sangattt kecil iaitu 1000dalton (utk penyerapan unggul dan efek yg segera),
dilengkapi dgn klinikal studi, dan yg bestnya ia diperbuat dari 7 ramuan khas..memang perfect.. Berikut secara ringkas fungsi2 stiap ramuan tersebut:

Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal

Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata

Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen

Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan

Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,

Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.

Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.

Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen POwder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan...

Info tambahan:Tahukah anda SCP dilengkapi dgn asid hidraulik utk mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air. menarik bukan...sesuai utk saya yg tak dpt nak telah bergelen2 air sehari..hihi.. Kalau sape2 nak rasa kulit lembap sentiasa.. amalkan masker kolagen dan minum segelas sehari.. kesan yg sangat cepat.. mmg menakjubkan

Semua orang pun tahu, semakin tua kita semakin berkurangan kolagen dlm  badan..kan kan...  (Info:Penghasilan kolagen berkurangan dgn kadar 1.5% setiap tahun selepas usia 25tahun. Tapi kita hanya akan sedar akan kekurangan kolagen selepas 10tahun).  Jadi kalau usia kita 25-30an mungkin takkan perasan akan kekurangan kolagen dlm badan.. Jadi ni saya cerita tentang diri saya sendiri..saya taknak menyesal di kemudian. cuma kalau saya nak kesan lebih best utk 5-10tahun akan datang , jawabnya kenalah disiplin dari sekarang...saya tak paksa anda atau pun suruh anda beli.. . kalau nak ikut jom silakan.. Saya dah pun buat pilihan bijak.. anda bila lagi?..... better late than never..hihi

Akhir kata saya pilih kolagen dari jenama Shaklee bukanlah sebab saya ni distributor Shaklee tapi sbb mmg dah terbukti best dari segi kualiti, kesan yg segera seawal 1-2hari (ni ikut badan masing2 ye sbb kalau ikut klinikal study, kesan yg mengujakan adalah seawal 8 minggu) .. kalau tak best takkan lah customer2 semua repeat order berkotak2..dan ada sahaja hari2 feedback dan testimoni yg mengujakan dari mereka..Well the product speak itself lah kannn..hihi..

CREDIT : MAMA FAIZ

Wednesday 19 February 2014

Tips untuk cepat kaya

Assalamualaikum
Jom baca sharing dari saya sesuatu yang menarik.

Keajaiban Bersedekah - Mesti Baca !!!!
Assalamualaikum,

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka 'tersangat' kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi.....

Saturday 15 February 2014

BAYI MENYUSU CUKUP ATAU TIDAK?

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan.
Ini termasuklah:
♡Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
♡Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
♡Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
♡Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
♡Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:
♢Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
♢Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
♢Bayi anda meragam atau sering letih.
♢Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
♢Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
♢Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
♢Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
♢Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
♢Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:
bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.

Credit: Babycentre

Thursday 13 February 2014

Kuruskan badan dengan cepat sambil menyusu

Kuruskan Badan Dengan Cepat Sambil Menyusu

Ramai wanita risau tentang berat mereka selepas bersalin dan inginkan bentuk badan mereka kembali menarik dan seperti asal. Justeru, mereka mencari-cari bagaimana caranya untuk menguruskan badan sambil menyusu.

Boleh ke kita kuruskan badan sambil menyusu? Bagaimana caranya nak turunkan berat badan semasa menyusukan bayi? Selamat tak kita berdiet sementara menyusu badan? Itu semua soalan-soalan yang biasa ditanyakan.

Jawapannya adalah, tidak salah kita berdiet dan boleh kita menguruskan badan ketika menyusu, asalkan kita tidak berlapar dan selalu mengaktifkan diri.

Lagi satu, orang cakap menyusukan bayi adalah satu cara untuk cepat kurus juga. Faktanya, ibu yang menyusukan membakar purata 500 kalori sehari. 

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti ibu-ibu menyusu:

1)  Berdiet hanya selepas anak melepasi umur 2 bulan
Ini adalah untuk memberi badan kita masa untuk menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi anda. Dengan menyusukan, badan kita membakar purata 200-500 kalori sehari. 

2) Menyusukan tanpa had
Kajian menunjukkan jika seseorang ibu itu kerap menyusu dan menyusu lebih daripada  6 bulan, ibu akan hilang lebih berat. Oleh itu, jangan risau tentang berat anda dan teruskan menyusukan badan secara eksklusif sampailah anak berumur 6 bulan.

3) Makanlah sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari
Adalah disarankan anda mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari untuk memastikan susu anda mencukupi dan berkualiti.

4) Tidak boleh turun berat lebih daripada 680 gram seminggu
Ibu-ibu boleh turun berat sehingga 680 g seminggu atau 3kg sebulan selepas bulan kedua dan tidak menjejaskan susu dan kesihatan bayi.

5) Kurangkan pengambilan kalori secara perlahan-lahan
Jangan terlebih mengurangkan kalori, dikhuatiri akan menyebabkan kurangnya kualiti susu ibu.

6) Elakkan ambil jalan mudah utk kurus
Liquid diet, diet rendah karbohidrat, ubat kurus adalah sangat tidak digalakkan ketika menyusu..
(credit kepada : kellymom.com)

Ini pula tips-tips untuk yang hendak kuruskan badan semasa menyusukan:

1) Jangan skip meal, kerana berpotensi untuk terlebih makan jika tahan lapar

2) Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3) Jangan timbang berat setiap hari kerana perubahan mungkin tidak segera dalam masa yang singkat, jadi elakkan timbang setiap hari untuk elakkan perasaan kecewa jika berat tidak turun secepat yang dikehendaki.

4) Ambil sarapan kerana sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori yang berlebihan

5) Makan dengan bijak. Makan berkualiti bukan kuantiti. Kunci utama ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Cuba lebihkan makanan yang berfiber, protein tinggi. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan terlalu manis. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah ikan dan kurangkan ayam dan daging. Kurangkan mengambil nasi dan ambillah vitamin-vitamin untuk memastikan kualiti nutrisi seharian.

6) Makan lebih kerap. Makan setiap 2-3 jam sepanjang hari dan bukannya hanya 3 kali sehari. Ini akan memastikan metabolisma badan anda aktif, mengelakkan terlebih makan kerana lapar dan dahaga. Tukarlah kepada cara pemakanan yang baru dan sihat.

7) Pastikan anda cukup tidur. Tidur itu penting untuk memastikan anda focus dan beremosi baik dan seterusnya dapat mengawal gaya pemakanan anda.Cuba untuk tidur sementara bayi anda tidur.

8) Harus diingatkan proses menurunkan badan ini memerlukan komitmen sebab berat akan turun secara beransur-ansur. 

9) Bersenamlah selalu. Bersenam akan mengelakkan kita daripada sakit-sakit badan yang lain dan ‘kesan sampingan’nya akan berat kita akan berkurangan.

Mari kita berkenalan dengan produk-produk Set Kurus Badan Shaklee

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut Lecithin mengandungi 530g Lecithin. Lecithin bertindak sebagai pemecah lemak. Ianya selamat dan tidak menjejaskan penyusuan bagi ibu-ibu yang menyusu.

Omega Guard Shaklee adalah pilihan selamat bagi ibu menyusu membakar lemak. Ini kerana Omega Guard Shaklee bertindak membakar lemak di badan tanpa menjejaskan susu yang terhasil. Susu tidak akan berkurang, juga tiada pencemaran yang berlaku terhadap susu ibu. Selain daripada bakar lemak ibu menyusu, Omega Guard Shaklee juga dapat membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan. EPA dan DHA yang ada di dalam Omega Guard penting untuk sistem imunisasi anak-anak. Omega juga dapat meningkatkan kesihatan otak dan tubuh badan

Setelah lemak dipecahkan, lemak berlebihan itu perlu diangkut keluar dengan proses detox. Ibu-ibu menyusu disyorkan Alfalfa. Ada dikalangan ibu menyusu badan mengatakan Alfalfa dapat menambahkan susu badan.

Herblax pula lebih sesuai untuk ibu-ibu yang di dalam pantang sebab Herblax dapat meningkatkan proses pencernaan secara lembut dan juga disarankan untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit.

Ibu-ibu menyusu disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.

ESP juga dikatakan dapat membantu memekatkan susu ibu dan memberi tenaga berkekalan yang dapat bertahan berjam-jam lamanya. Selain itu ESP Shaklee juga membantu ibu memperolehi kulit yang lebih licin, gebu dan anjal.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, ibu-ibu menyusu disarankan melakukan senaman ringan dan mengambil pemakanan yang seimbang. 

Tuesday 11 February 2014

Faraj mantap secara natural

Assalamualaikum
Tahu tak macam mana menjaga faraj secara alami. Nama kaedah ni meruang.
Info ni saya dapat dari kawan saya. Juz copy paste je ni.

Rawatan Meruang

Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.

Bidan2 terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:
1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.

Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.

POSISI MERUANG
1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl

CARA MERUANG.
1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan antiseptic.
2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha, perut dan bahagian ari2. Jika anak dara...memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama shj.
3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.

Melalui proses ini...kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak....maksudnya faraj anda tidak rapi.

Kita boleh masukkan sekali barra gel ketika meruang di dalam faraj. Kerana barra gel ini adalah dari komposisi natural dan mampu mengatasi masalah "kekeringan faraj". Selepas dikorek bersama barra gel.....bilas sehingga bersih.

Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali... wanita itu tidak wajib solat.

Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj...lepas dah meruang...bilas dna lap kering....meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Selamat mencuba!

Thursday 6 February 2014

Perbezaan susu ibu dan susu formula

Perbezaan susu ibu dengan susu formula @ susu lembu ?

1- ANTIBODI
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi.
Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu terutama antara hari awal kelahiran. Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari.

2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan kasein yang tinggi. Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembung perut.

3. KANDUNGAN GULA
Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan bayi terdedah dengan risiko tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah).

Kenapa susu ibu ada bila mengandung saja?
Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu.

Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin.

Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat .

Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.

Wednesday 5 February 2014

Kebaikan susu ibu pada bayi

Susu ibu adalah semulajadi dan istimewa dicipta untuk bayi kita. Ia mempunyai banyak kebaikan kesihatan kepada bayi dan juga ibu yang menyusukan. Mari kita lihat kebaikan yang diperolehi oleh ibu dan juga bayi melalui penyusuan susu ibu.

Kebaikan untuk Ibu
♡Penyusuan susu ibu membantu penyembuhan fisiologi tubuh ibu selepas melahirkan dan semasa berpantang.
♡Penyusuan susu ibu membantu ibu dalam menstabilkan kembali berat badan selepas hamil dan melahirkan anak.
♡Penyusuan susu ibu menurunkan risiko ibu untuk mendapat sesetengah kanser seperti kanser payudara dan kanser ovari.
♡Penyusuan susu ibu memberikan masa berhubung /"bondingtara ibu dan bayi semasa penyusuan.
♡Susu ibu adalah percuma dan tidak perlu dibancuh!

Kebaikan untuk Bayi
♡Susu ibu membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh bayi untuk sekurang-kurangnya 6 bulan pertama kehidupannya. Untuk 6 bulan berikutnya, susu ibu terus menjadi sumber nutrien yang hebat apabila digandingkan dengan makanan-makanan lain yang sesuai untuk bayi.

♡Susu ibu adalah dinamik dan hidup. Ia berterusan berubah dari segi komposisi nutriennya untuk memenuhi keperluan bayi selari dengan umur bayi yang berubah sepanjang penyusuan.

♡Penyusuan susu ibu membekalkan perlindungan kepada penyakit yang akan datang kemudian dalam hidup bayi. Susu ibu membantu memperkuatkan sistem imunisasi untuk melawan penyakit dan jangkitan. Bayi juga akan lebih dilindungi daripada dijangkiti alergi.

♡Penyusuan ibu mengurangkan kebarangkalian untuk dijangkiti penyakit dan risiko kesihatan termasuk obesiti, diabetis, penyakit jantung dan sesetengah kanser ketika kanak-kanak.

♡Susu ibu adalah tersedia bila-bila bayi perlukan.

♡Susu ibu adalah bersih dan sihat.

♡Bayi dapat menghadamkan susu ibu dengan mudah dan selesa untuk perut bayi.

♡Susu ibu mengandungi pelbagai nutrien semulajadi yang dapat membantu perkembangn dan tumbesaran bayi.

Oleh itu saya amat menyokong penyusuan susu ibu kepada bayi anda.
Sekiranya anda seorang ibu yang bekerjaya ianya tidak menjadi penghalang untuk anda menyusukan anak secara berterusan.

Anda ingin stok perahan susu yang mengcukupi untuk anak anda?
Jalankan sesi perahan secara kerap semasa bekerja. Dapatkan juga set milk booster dari shaklee untuk membantu meningkatkan penghasilan susu.

Tuesday 4 February 2014

20 TIPS MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU

• Menyusu dengan kerap
• Penyusuan dengan kedua-dua buah dada. Jika bayi mendapat letih menghisap, cuba bertukar ke payudara yang lain sehingga kedua-dua buah dada adalah kosong atau bayi tidak menyedut lagi.
• Pasti anda menyusu bayi anda cukup lama untuk mengosongkan payudara anda.
• Jangan jadual penyusuan. Ikut isyarat kelaparan bayi anda untuk menyusu.
• Membolehkan bayi anda suapan gugusan terutamanya pada sebelah malam sebelum mereka tidur. Memberi susu secara gugusan adalah apabila bayi diberi susu beberapa kali dalam tempoh masa yang singkat.
• Menyusu pada waktu malam dimana penghasilan pada waktu malam adalah banyak.
• Pamkan payudara anda selepas penyusuan bayi untuk memastikan payudara adalah kosong dengan mengunakan pam manual ataupun pam eletrik. Anda juga boleh membaca artikel tentang cara pengunaan breastpump di sini.
• Bogelkan bayi anda semasa menyusu dimana sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena.
• Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.
• Pastikan anda dalam keadaan yang rehat dan relax dimana tekanan stress akan mengganggu penghasilan susu ibu kepada bayi anda.
• Jangan tidur meniarap pada waktu malam. Ini boleh memampatkan payudara anda dan menghalang pembekalan susu . Posisi tidur semasa hamil adalah penting untuk penghasilan susu ibu juga.
• Gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur.
• Elakkan mengguna puting tiruan.
• Elakkan mengambil pil perancang semasa anda sedang menyusukan bayi anda.
• Jangan merokok semasa hamil.
• Minum air dengan banyak terutama sebelum penyusuan.
• Cuba mengelakkan minuman berkafein.
• Makan diet yang sihat dengan PROTEIN yang banyak.
• Berbincang dengan doktor anda tentang preskripsi atau pengambilan supplement untuk meningkatan penghasilan susu ibu.
• Akhirnya, fikirlah bayi fikirlah susu ketika menyusu, ini dapat merangsang penghasilan susu.

Sign up ZUIF membership