Saturday 21 November 2015

Resipi Churros

Assalamualaikum

Demam churros kan sekarang ni... iff pun tak ketinggalan untuk mencuba. Memang sedap yang teramat sangat. Kalah la Churros yang jual kat kedai tu. Upssss... hahaaaha. Resipi sangat mudah dan bahan-bahan pun sangat mudah didapati.  kalau anak beranak, adik beradik ramai disarankan la buat sendiri. Puas hati buat dan goreng untuk family sendiri. Memandangkan iff capai apa je yang ada kat rumah, jadi nozzle untuk churros iff pun jadi pelik.Hihihu.
ok jom kita buat Churros yang mudah dan lazat.

Bahan-bahan :

1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
1 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam

Coklat masakan (Untuk dip Churros)

Jom buat !!!

1) Mula-mula didihkan air berasam gula pasir, minyak masak, garam, esen vanilla dan serbuk kulit kayu manis.

2) Bila dah mendidih dan semua sebati, masukkan tepung gandum dan kacau rata.

3) Tutup api

4) Pecahkan telur dan kacau rata.

5) Masukkan dalam acuan semperit atau guna noozle dan goreng dgn api perlahan sehingga warna keemasan.

6) Cairkan coklat masakan guna kaedah double-boiler.

7) Hidangkan dan sedia untuk dimakan.
(Boleh tabur gula icing jugak, nampak lagi lazat)

Selamat mencuba, saya dah buat senag je tau.... Churros pagi petang siang malam la lepas ni.

Thank you for reading this entry!

Saturday 31 October 2015

Homemade playdoh yang selamat dan bebas kimia

Assalamualaikum

Anak-anak saya memang penggemar playdoh. asik beli je, main kejap dah bercampur warna kan. bila dh bercampur warna macam tak best nak guna semula. Terpaksa la simpan masuk arkib negara (stor rumah i ok!). Bila jalan-jalan nampak playdoh je, anak-anak mintak lagi. membazir je kan. Satu hari saya terjumpa resipi homemade playdoh, senang plak tu nk buat. Jom-jom kita buat:

Resipi:

3 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan garam halus

1 sudu besar minyak masak

1 1/2 cawan air panas mendidih
pewarna makanan
(ikut suka uoll la nak kaler apa)

2 sudu besar cream of tar tar
(untuk kentalkal lagi playdoh)

Jom uli playdoh!!!

Senang sangat, campurkan kesemua bahan tadi dalam mangkuk tahan panas.
Uli sampai jadi doh yang tak melekat pada tangan.

*** Kalau nak buat banyak warna, uli warna plain je sampai jadi doh.
Bila dah siap uli, baru asingkan ikut bahagian lepas tu baru titis sedikit pewarna.

*** lebih pewarna akan sebabkan tekstur jadi lembik dan melekat pada tangan. Pandai-pandai la uoll, campur lagi sedikit tepung.

Simpan dalam peti sejuk (chiller) tahan berbulan- bulan.

Simpan dalam bekas kedap udara tahan selama 2 bulan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Thank you for reading this entry

Tuesday 26 May 2015

Puding roti Vanilla Meal shake

Assalamualaikum

Biasa beli roti gardenia saiz besar tu. Hampir-hampir nak expired tapi roti banyak lagi. Jom kita buat puding roti, boleh jugak bagi jiran-jiran atau kawan-kawan makan kan.
Resipi puding roti yang sangat simple dan senang. Bahan-bahan untuk puding roti ada kat dapur je.

Bahan-bahan:

BAHAN A
----------------
~ 8 keping roti gardenia
~ 2 cawan susu segar /susu tepung

BAHAN B
---------------
~ 2 sudu besar mentega
~ 3 sudu brown sugar / gula pasir
~ 2 biji telur
~ 2 sudu Vanilla meal shake( saya gunakan meal sebagai peganti Vanilla essence)
~ 1 sudu tepung jagung

BAHAN C
----------------
~ kismis/ emping jagung/ kekacang( suka hati nak letak apa2 pun... hihihi)



Jom kita buat.
Bahan A
--------
1) Mula-mula carik halus kesemua roti masuk dalam satu bekas.

2) kemudian tuang susu segar dalam roti yang dicarik tadi. Biarkan selama setengah jam dan ketepikan.

Bahan B
-------
3) Dalam bekas berasingan pukul mentega dengan brown sugar sampai kembang sket pun dan okey.

4) Masukkan telur, Vanilla meal shake dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.

5) Campurkan bahan B dengan bahan A.

6)Boleh tabur apa-apa yang ada kat dapur. Saya tabur emping jagung, kadang-kadang campur dengan kismis

7) Bakar dalam oven selama setengah jam pada suhu 180°C.

Tadaaaaaa dah siap, bau vanilla dari meal shake yang sangat menyelerakan.
Anak-anak pun suka.

Selamat mencuba!

Monday 25 May 2015

Kolagen pembunuh senyap

Wartawan Sinar Harian

25 Mei 2015

JANGAN sampai salah langkah!

Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.

Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?

Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.

Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.

Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar.

PPIM terima aduan pengguna

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan mengenai produk makanan tambahan seperti kolagen yang dibeli tidak memberikan hasil seperti dijanjikan.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan itu seolah-olah menipu pengguna untuk membeli produk tersebut.  

“Pada kebiasaannya harga untuk produk kolagen itu mencecah ratusan ringgit dengan menjanjikan bahawa ia akan memberikan hasil menakjubkan.

“Tetapi ada yang datang kepada kami menyatakan mereka ditipu setelah membelanjakan ratusan ringgit, tetapi hasil yang diperoleh tidak memuaskan,” katanya.

Menurutnya, tidak semua pengeluar produk makanan tambahan menipu pengguna sebaliknya ada segelintir  cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.

“Mereka (pengeluar produk) perlu wujudkan satu persatuan dalam kalangan mereka supaya wujud etika dalam setiap pengeluaran produk dan tidak mengambil kesempatan menjual dengan harga tinggi.

“Terdapat juga pengeluar produk berasaskan krim kolagen meletakkan bahan yang merbahaya. Memang akan nampak kesan positif tetapi untuk jangka masa panjang ia akan menyebabkan masalah kulit,” katanya.

Katanya, pengguna perlu peka dengan kandungan dalam makanan tambahan diambil dan tidak terlalu mempercayai promosi yang dibuat syarikat pengeluaran produk makanan tambahan.

“Kadang-kadang yang datang untuk jual produk itu adalah rakan-rakan sendiri ataupun daripada kalangan keluarga sendiri yang menjual produk.

“Pengguna perlu tahu sesuatu produk sesuai atau tidak sebelum membelinya walaupun yang menjual adalah kenalan kita sendiri,” katanya.

Rosakkan organ dalaman

MAKANAN tambahan seperti kolagen jika diambil secara berlebihan bakal mengundang risiko terhadap sistem dalam badan.

Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali berkata, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan.

“Apabila produk dengan kandungan kolagen masuk dalam badan, ia akan diproses di hati dan dipecahkan kepada molekul kecil.

“Jika diambil berlebihan, ia memberikan beban kepada hati yang perlu bekerja keras memproses bahan tersebut,” katanya.

Katanya, selepas selesai proses di hati, kolagen akan diangkut dalam darah untuk dihantar ke seluruh badan.

“Kolagen akan diuraikan kepada asid amino dan diangkut melalui darah ke kawasan diperlukan seperti otot dan kulit.

“Lebihan kolagen pula tidak boleh disimpan di dalam badan sebaliknya perlu dikumuhkan keluar melalui air kencing dan najis,” katanya.     

Katanya, pengguna berisiko mengalami kerosakan sel hati.

“Suplemen ini tidak mengandungi kolagen semata-mata, tetapi berkemungkinan ada pengawet digunakan bagi memastikan produk itu stabil,” katanya.

Dr Norazlanshah berkata, proses ini berlaku di buah pinggang dan jika dikumuhkan secara berlebihan, sel buah pinggang akan rosak dalam jangka masa panjang.

Beliau menasihati pengguna supaya mendapatkan konsultasi daripada pakar perubatan sebelum mengambil kuantiti kolagen yang sesuai.

“Daripada segi kuantiti kolagen, biasanya wanita memerlukan lebih berbanding lelaki kerana ia mudah dicerna dalam tubuh,” katanya.

Katanya, pembaziran berlaku jika badan tidak memerlukan banyak kolagen tetapi ia diambil tanpa mendapatkan sebarang nasihat pakar.

“Sekiranya ingin mencuba kolagen, pengguna perlu menyedari industri suplemen ini tidak dipantau. Kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui.

“Dari sudut perubatan, pengambilan kolagen sebenarnya adalah suntikan yang bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” katanya.

Rumpai laut tidak mengandungi kolagen

RUMPAI laut yang dibungkus di pasaran dengan label menarik seperti ‘marin kolagen’, 'ibu kolagen' atau ‘kolagen mentah’ sebenarnya tidak mengandungi kolagen.

Herbalis, Bahrain Samah berkata, setakat ini tiada sebarang kajian sains dilaporkan dalam jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya didapati mengandungi kolagen.

“Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang.

"Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein,” katanya.

Menurutnya, protein memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal, menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen.

“Kenyataan rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tidak tepat," katanya.

Katanya, istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh.

"Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen," katanya.

Tambahnya, ramai wanita mengamalkan pengambilan gel rumpai laut kerana percaya ia mengandungi kolagen.

“Pengambilan pada dos sesuai dan konsisten boleh menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit.

"Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah paras protein rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein,” katanya.

Bergantung pada badan

KEBERKESANAN produk kolagen bergantung kepada keupayaan badan untuk menyerapnya.

Pakar Kulit Poliklinik Dr Suraya, Dr Suraya Sudin berkata, kandungan kolagen tinggi dalam produk di pasaran tidak menjamin keberkesanan produk itu.  

“Pada usia 40 tahun, kolagen semakin berkurangan dan perlu ada pengganti. Kerana itu ramai yang mengambil produk tambahan,” katanya.

Produk kolagen terdapat di pasaran berfungsi mencantikkan kulit.

"Vitamin C perlu dititikberatkan dalam menghasilkan kembali kolagen kepada badan. Ada produk mengandungi 20,000Mg kolagen untuk setiap penggunaan.

"Jumlah tinggi tidak menjamin hasil yang bakal diperoleh. Pengguna perlu cuba dan melihat hasilnya sendiri," katanya.

Beliau berkata, tiada kesan juga mungkin disebabkan ia adalah kolagen tiruan atau tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang.

"Kolagen disuntik lebih diyakini berkesan kerana ia diserap kulit. Pastikan ia asli supaya tidak memudaratkan kesihatan," katanya.

Jelasnya, pengambilan kafein bersama kolagen juga antara penyebab ia tidak berkesan pada tubuh.

“Bukan tidak boleh minum kafein, cuma itu antara faktor menyebabkan kolagen cepat hilang. Jika ambil gula yang banyak boleh kurangkan kolagen.

“Asap rokok dan cahaya matahari terik juga menyebabkan kolagen pecah dan terurai,” katanya.

Saran penggunaan pada kuantiti betul

Pen gguna seharusnya tidak mengambil makanan tambahan seperti kolagen dalam kuantiti banyak. Peniaga makanan tambahan kolagen, Wan Hidayah Omar, 32 berkata, pengguna seharusnya mengikut sukatan yang di tulis pada pembalut produk.

“Saya sentiasa menasihati pelanggan supaya mengamalkan makanan tambahan mengikut kuantiti ditetapkan.

“Jangan kerana hendak cepat cantik, soal kesihatan diabaikan. Sesuatu produk perlu mengambil masa tertentu supaya ia boleh memberikan kesan kepada badan,” katanya.

Menurutnya, walaupun pengguna makan kolagen dalam kuantiti banyak, ia tetap diserap pada kuantiti tertentu yang diperlukan tubuh.

“Perkara paling penting adalah minum air pada kuantiti banyak selepas makan kolagen itu,” katanya. Dia juga menasihati pelanggannya supaya menghentikan pengambilan sekiranya terdapat gejala atau tanda luar biasa pada kulit.

Sementara itu, peniaga lain, Nur Amira Suhaimi, 29 berkata, pengambilan produk tiruan kolagen dikhuatiri menjadi punca masalah kesihatan.

Dia berkata, setakat ini masih belum menerima aduan daripada pelanggannya yang mengatakan mengalami masalah kesihatan selepas mengamalkan produk yang dijual.

“Sekarang ini berlaku lambakan produk makanan tambahan di pasaran dan kita tidak tahu mana asli atau palsu. Produk tiruan dijual dalam pembungkusan yang lebih kurang sama dengan yang asli.

“Kebanyakan produk tiruan ini bakal menyumbang kerosakan organ dalaman kerana di campur dengan bahan pengawet tidak dibenarkan,” katanya.

Katanya, pengguna perlu memperhalusi label pada pembungkus produk dan membeli daripada penjual yang diyakini.

*********------*********---------********

*Follow arahan dan sukatan dos yang sesuai, kene sabar kalau nak cantik kan.

Saturday 28 February 2015

Singkap misteri Cameron Highland di Time tunnel

Assalamualaikum..

Cameron Highland penuh misteri ke?Cameron highland berhantu ke?
Entah la saya pun tak tahu nak cakap. Pernah terbaca pada blog penduduk tempatan di situ yang beberapa buah hotel dikatakan berhantu. Saya pun pertnah alaminya, siap kene tindih dan nampak kelibat yang menyeramkan di pintu toilet sebuah hotel ni. Hotel yang saya alami kes paranormal ni bukan di hotel bajet tapi di hotel yang agak terkenal.Saya taknak la nyatakan nama hotel ye.

Bagi saya Cameron highland tak berhantu atau misteri tapi saya dan suami yang yang berhantu tiap-tiap tahun nak pegi makan angin ke sana. Tahun 2014 empat kali ke sana. Bulan november pun ke sana, Disember pun pergi. Nak buat macam mana, memang tu tempat favourite kami sekeluarga makan angin.Bulan Disember kami pergi makan angin bersama keluarga besar kami. Bajet tetap low sebab menginap kat homestay murah yang berbaloi. Kali ni saya nak story mory tentang tempat yang wajib korang pergi bila berkunjung ke Cameron Highland. Takkan la pergi sana je mesti cari makan-makan yang best je kan, korang boleh ke "Time tunnel".








"Time tunnel" ni sebuah muzium yang terletak di Brichang, Cameron highland. Tiket masuk cuma rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak. Anak-anak saya 3 dan 2 tahun tidak dikenakan cas. Banyak peralatan atau barang-barang lama yang boleh mengimbas kembali zaman silam korang or mak ayah korang. Saya bawak mak dan nenek saya ke situ. Tiap kali tengok barang lama buat mereka tersenyum. Ye la singkap kembali kenangan suka duka di zaman mereka masih kanak-kanak barangkali...
Paling best barang-barang lama di time tunnel bukan semua tersimpan dalam kotak kaca. Live depan mata. Kita boleh bergambar dan rasai suasan zaman dulu yang kita pun mungkin belum wujud lagi.




Jom beratur beli tiket, kalau musim cuti sesolah makin panjang la beraturnya.


Cepat la bang oiii... tak sabar nak masuk nih.





Kereta mainan lama.. syifa nampak kemain laju die duduk kat kereta mainan tu.




Dapur orang cina.. Mana la amoi ni, dah lama tunggu air tak sampai-sampai lagi.



Buku teks tahun 1957. Tahun kemerdekaan Tanah Melayu



Sebenarnya seram nak bagi syifa dan amni naik kuda kayu lama ni, hihihi, korang tengok la rupa kuda kayu tu..





























































































































































Banyak sangat pic untuk di kongsi. Rasanya korang semua patut ke sini. Lepas pergi time tunnel boleh ke kedai makan sebelah time tunnel ni.
Teh tarik memang power. Kami sanggup ke Cameron higland semta-mata nak minum teh tarik kat kedai ni. Apa pun thank you for reading this entry.

Sign up ZUIF membership