Thursday 30 May 2013

Layan upin ipin

Assalamualaikum


Syok jugak layan upin ipin ni tapi bila hari-hari dok tengok, naik bosan plak. Mana taknye pagi petang siang malam upin ipin je yang anak-anak aku ni ngadap.

Senang je kalau nak bagi anak-anak duduk diam depan tv sementara aku buat apa-apa la kan. Macam dah kena pukau dengan upin ipin pun ada anak-anak aku nih... Meh aku kongsi salah satu citer peberet ninja-ninja aku nih.




Thursday 23 May 2013

Gwiyomi pulak dah

Assalamualaikum..

Sebelum ni PSY~~~~ gangnam stail... sekarang gwiyomi pulak... Semua pakat dok buat aksi cute... dah bosan tengok yang cute... tengok yang kelakar pun best.. hehe... tapi paling aku suka gadis comel ni buat gwiyomi...




Memang cute sangat...

Lasaknya Syifa & amni

Assalamualaikum

syoknye syifa dudu=tidur (dudu tu maksudnya tidur, tu bahasa syifa)


Pagi-pagi balik dari on-call singgah beli roti... sarapan makan roti je la.. hehehe... Sampai je rumai terkejut aku bila tengok anak tido di lantai, abah plak kat atas toto.. aishhhh tak tido dalam bilik ke malam tadi... Syifa tido kat lantai ni mesti kes tido lasak.




bawah meja, bawah walker semua bawah die nak masuk.. aishhhh budak ni.





 panjat meja plak.. aduyaiiii anak ku


Sementara syifa tido ,amni plak tengok kartun & main nyorok kat bawah walker... aku siapkan makan pagi. roti sapu coklat dan air horlick je... untung jugak rumah kecik ni, sambil sediakan juadah pagi sambil menjeguk anak yang sedang main. Kalau dapur dan ruang tamu terpisah jauh terpaksa la aku angkut amni letak kat dapur, aku tak gemor sangat nak bagi anak kecil masuk kat dapur sebab rasa macam bahaya je....



Makan dulu la, biar je la abah & syifa tidur dulu, kesian abahnya malam tadi jaga syifa & amni yang tak mau tido. Malam ni oncall lagi... sangat membosankan... Kan best kalau jadi suri rumah je. Tengahari ni nak masak apa ye?  Any idea???


Thank you for reading this mencarut entry...

Friday 10 May 2013

Nak sambung belajar degree... tolong lahhhh

Assalamualaikum

Hati ni sedih sangat.. Apa yang dihajat dan dirancang selama ni tak tercapai... Baru-baru ni aku ada mintak kebenaran dari ketua unit untuk sambung belajar ke peringkat degree. Belum hantar surat permohonan pun lagi tapi tak direstui oleh ketua unit. Alasannye dah ada staff lain yang masih ambil degree secara pjj (pendidikan jarak jauh).




Baru mintak dengan ketua unit pun tak disetujui, belum lagi mintak kebenaran ketua jabatan dan pengarah hospital, belum lagi mohon universiti. Diperingkat awal pun dah ada halangan.  Tujuan aku sambung belajar untuk capai cita-cita aku. Kesian mama aku mesti sedih aku tak dapat sambung belajar. Disebabkan keputusan spm biasa je, aku bermula dari bawah. Ambil diploma teknologi makmal perubatan pun kerajaan yang tanggung. Time amik diploma belajar sungguh-sungguh, kononnya nak sambung degree tapi....... huhuhu....



Menyesal dulu tak belajar betul-betul. Kalau masuk matrikulasi boleh sambung degree terus. Sekarang baru nak menyesal.Umur dah 28 tahun. Makin lama makin tua. Otak pun makin lama makin berkarat. Aku pun tak tahu apa patut aku buat.. Rasa macam nak kuatkan semangat mengadap ketua jabatan dan buat rayuan. Jangan aku menangis depan die sudah la. Apa aku buat sekarang ni, nak sangat-sangat sambung belajar... Kan untung kalau ketua jabatan baca rintihan aku ni.

Ya Allah ya tuhanku... kau permudahkanla urusan dunia akhirat ku ini... amin



Apa aku patut buat ni???? tolongggg


Friday 3 May 2013

Resipi mudah : Meat ball Spaghetti

Assalamualaikum


Jom masak spageti lagi... Dah jadi hantu spageti plak anak-anak aku ni... Aku pun sama.. hahaha...
kali ni memang senang nak buat...






BAHAN-BAHAN
Daging cincang - 1 pek
Tomato- 7biji (saiz besar)
Bawang merah - 5 biji
Bawang putih - 5 Ulas
Bawang holland - 1 biji
Sos tomato - 7 sudu
Mixed herbs - 1 sudu
lada hitam - 1 sudu teh
garam
gula
spageti jangan plak dilupakan.. hehe...
OK jom MASAKKKK
jom buat meatballs dulu...
Ambil separuh daging cincang dari pek tadi, masukkan dalam mangkuk, masukkan garam secubit, sedikit serbuk lada hitam. Kalau uolls rajin cincang halus carrot,parsley. Gaul bersama dengan daging cincang tadi.. Bentukkan menjadi bulat dan goreng.
jom buat sos...
Uolls blend kesemua bawang dan tomato sehingga halus.
Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun/minyak masak biasa. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi.
Masukkan sos tomato, mixed herbs, serbuk lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
Masukkan daging cincang, biarkan hingga mendidih...
Masukkan meatballs yang dah di goreng tadi dan tutup api...
Sedia untuk dihidang...
Selamat mencuba.
thank you for reading this mencarut entry!!!


Sign up ZUIF membership