Friday 10 May 2013

Nak sambung belajar degree... tolong lahhhh

Assalamualaikum

Hati ni sedih sangat.. Apa yang dihajat dan dirancang selama ni tak tercapai... Baru-baru ni aku ada mintak kebenaran dari ketua unit untuk sambung belajar ke peringkat degree. Belum hantar surat permohonan pun lagi tapi tak direstui oleh ketua unit. Alasannye dah ada staff lain yang masih ambil degree secara pjj (pendidikan jarak jauh).




Baru mintak dengan ketua unit pun tak disetujui, belum lagi mintak kebenaran ketua jabatan dan pengarah hospital, belum lagi mohon universiti. Diperingkat awal pun dah ada halangan.  Tujuan aku sambung belajar untuk capai cita-cita aku. Kesian mama aku mesti sedih aku tak dapat sambung belajar. Disebabkan keputusan spm biasa je, aku bermula dari bawah. Ambil diploma teknologi makmal perubatan pun kerajaan yang tanggung. Time amik diploma belajar sungguh-sungguh, kononnya nak sambung degree tapi....... huhuhu....



Menyesal dulu tak belajar betul-betul. Kalau masuk matrikulasi boleh sambung degree terus. Sekarang baru nak menyesal.Umur dah 28 tahun. Makin lama makin tua. Otak pun makin lama makin berkarat. Aku pun tak tahu apa patut aku buat.. Rasa macam nak kuatkan semangat mengadap ketua jabatan dan buat rayuan. Jangan aku menangis depan die sudah la. Apa aku buat sekarang ni, nak sangat-sangat sambung belajar... Kan untung kalau ketua jabatan baca rintihan aku ni.

Ya Allah ya tuhanku... kau permudahkanla urusan dunia akhirat ku ini... amin



Apa aku patut buat ni???? tolongggg


2 comments:

http://hainwaitkiki.blogspot.com said...

hhuhuhu...ade hikmah tu...try la bt rayuann lagi kak..mesti dpt..

zuhayra iftifal said...

ntah la. tahun depan katanye.. tahun ni xboleh...huhuhu

Sign up ZUIF membership