Thursday 15 February 2018

RESIPI KUIH ONDE-ONDE SEDAP

Assalamualaikum

Minum dan makan petang lebih sedap kalau kita buat sendiri je kan.. hari ni iff nak share resipi kuih onde-onde.. sekarang jarang ada orang jual kuih onde-onde ni, bulan puasa banyak la.. Jom kita buat sendiri je kuih onde-onde...

Bahan-bahan:
  • Tepung pulut (Secawan)
  • Tepung gandum (1/4 cawan)
  • Air pandan secukupnya (Kalau takde air pandan boleh guna pewarna hijau dan air masak)
  • Gula melaka/Nisan kelantan lagi sedap (dipotong dadu)
  • Kelapa parut muda (putih sahaja)
  • Sedikit garam

Cara buat:
  • Kelapa parut muda di campur dengan garam dan diketepikan
  • Dalam mangkuk berasingan, sebatikan tepung pulut dan tepung gandum.
  • Masukkan air pandan sedikit demi sedikit.
  • Uli sehingga membentuk doh.
  • Cubit doh dan isikan gula melaka. Buat bentuk bulat.
  • Panaskan air hingga mendidih.
  • Masukkan onde-onde tadi bila onde-onde timbul pada permukaan air, ambil guna penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi kelapa parut.
  • Sedia untuk dihidang.

Mudah kan. Selamat mencuba!



No comments:

Sign up ZUIF membership