Tuesday 26 March 2013

supermommy


Assalamualaikum...
 
 
Anak aku yang pertama si Zuhayrasyifa ni memang jenis tak memilih makan. Hentam je semua benda makan tapi badan tetap kecik dan kurus. Macam tak cukup makan pula bila nengok badan syifa. Berbeza pula dengan anak kedua aku si Amni Humaira. Bab makan memang memilih, tak padan dengan kecik. Nasib baik la aku dijodohkan dengan baby sitter yang bagus dan baik. (bukan jodoh nikah ye!). Bila aku bekerja, makan pakai anak semua baby sitter yang uruskan. Kadang2 die lebih tahu kegemaran anak aku. Hehe
 
 
Untung kalau dapat jadi suri rumah, semua benda buat sendiri. Rumah tangga semua sendiri yang uruskan. Anak sendiri yang besarkan. Nak buat macam mana, kalau tak kerja tak boleh nak bantu suami cari duit. Huhu.. Time cuti je la ada masa bersama keluarga. Kadang2 aku rasa masa bersama kawan-kawan kat tempat kerja lebih banyak berbanding di rumah.
 
 
Jadual harian memang full dengan aktiviti. Cuma dapat luangkan masa setengah jam je bersama bestfrend aku... hehehe... bestfrend aku ni memang banyak jasa, biarpun dah lama. Bila tiada idea nak masak, aku tanye die nak masak apa. Nak dapatkan tip or apa-apa informasi memang aku ngadap kawan baik aku ni... hahaha. hagak-hagak korang sape la kawan baik aku tu..
 
 
sape lagi incik +Google Malaysia la.
 
 
Bangun pagi siapkan diri, macam biasa tak pernah siapkan diri dengan tenang, konpem aku berlari lari anak .(tapi badan totap gomok). hurggg.. sarapan dirumah, kadang-kadang je aku sediakan. Pukul 7 pagi angkat dua2 powerpuff girl aku tu masuk dalam kereta. Ikat elok2 kat baby seat tu. kang kalau tak ikat betul-betul, tergolek plak anak aku tu. Semua beg baju n susu campak je dalam  kereta. Then, hantar rumah babysitter...
 
tapi mana incik.suami... Ada tapi awal-awal dah pergi kerja, dia yang bantu saya siapkan beg baju dan susu anak-anak.
 
Selesai hantar anak-anak , mula la aku pecut kereta ke tempat kerja. Jem kemain la jalan ni. Paling seronok bila musim cuti sekolah, jalan lengang je. Agaknye semua bercuti bawak anak2 makan angin kot. Masuk kerja pukul 8pagi sampai pukul 5...
 
Balik rumah selepas pukul 5, baru la masa sepenuhnya bersama keluarga... Setiap hari macam tu la rutin yang aku buat. Mungkin sama dengan ibu-ibu lain, mungkin ada ibu yang lebih sibuk dari aku. Yang penting pandai bahagikan masa bersama keluarga.



thank you baca celoteh mengarut aku nih!!!

No comments:

Sign up ZUIF membership