Wednesday 20 March 2013

yeayyyy esok result SPM keluar,,,

Assalamualaikum.

Agak-agak apa perasaan bakal penerima keputusan SPM esok. Mesti korang semua gementar sampai rasa nak gugur jantung... harap-harap dapat keputusan yang membanggakan. Jangan lupa esok pakai pakaian yang sopan. Jangan pulak pakai yang over dedah sana sini. mentang-mentang dah habis SPM, dah habis sekolah la katakan.

Teringat pula aku zaman muda mudi dulu bila ambil keputusan SPM... Aku datang ambil keputusan lewat sket berbanding kawan-kawan lain. Kawan-kawan semua awal pagi dah sampai sekolah. Aku pula tengahari sket. Sampai je sekolah dapat tengok macam-macam reaksi kawan-kawan, yang menangis dan melompat macam orang kena sampuk pun ada. Ada yang duduk sorang-sorang kat tangga. Menjerit macam nampak hantu pun ada... Maklum la gembira yang teramat sangat. Yang paling kelakar ada juga yang melompat sebab gumbira dek kerana keputusan SPM banyak fail, apa lagi bapak suruh kahwin je la.

Aku pula tersengih-sengih je. Dalam hati ni macam-macam teka teki. Bila dapat je keputusan SPM, aku terus balik rumah. borak sekejap je dengan kawan-kawan. Hahaha... malu la result ok ok je.. tapi Alhamdulillah la dapat juga aku sambung belajar dan dapat kerja.. Rindu pula dengan kawan-kawan sekolah menengah... Bila nak jumpa lagi nih...

Korang ingat lagi tak reaksi kawan-kawan time dapat result SPM dulu."







thank you for reading this entry...

No comments:

Sign up ZUIF membership